KUALA LUMPUR – Tajuk berita ‘RM9 juta bagi sewa pesawat PM tahun ini’ di portal milik pembangkang, Malaysiakini.com, cuba menggambarkan seolah-olah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berbelanja besar untuk dirinya dengan menggunakan wang rakyat.
Sekali imbas, tajuk yang digunakan portal tersebut secara sengaja cuba memburuk-burukkan imej Perdana Menteri dengan tiba-tiba mengingatkan kembali pembacanya tentang percutian Najib ke Australia ketika menerima rawatan kecederaan lututnya.
“Jumlah kos penyewaan sebuah pesawat Airbus A319 yang digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu percutiannya di Perth, Australia pada Hari Kemerdekaan, tahun ini berjumlah RM9.1 juta” kata Malaysiakini.com di perenggan pertamanya hari ini.
Kenyataan tersebut jelas tidak tepat dengan fakta sebenar dan seolah-olah menafikan kebenaran yang sewajarnya dilaporkan oleh sebuah media yang beretika.
Menurut fakta sebenar yang diperjelaskan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, pesawat tersebut disewa untuk kegunaan pemimpin tertinggi negara iaitu DYMM Yang DiPertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalannya.
Dalam erti kata lain, pesawat tersebut tidak digunakan oleh Perdana Menteri seorang sahaja di mana ia turut digunakan oleh Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Apa niat Malaysiakini.com cuba memesongkan fakta dan menggambarkan Najib seorang sahaja yang membelanjakan RM9 juta tersebut?
Nazri menjelaskan di Dewan Rakyat bahawa sejak Januari hingga Ogos 2011, kekerapan penggunaan pesawat adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara dengan kos penggunaan berjumlah RM9,158,430.45 yang meliputi kos bahan api pesawat, parking & handling charges, sajian dan logistik krew pesawat.
Apakah Malaysiakini.com cuba menafikan juga tentang hakikat kos bahan api yang meningkat tinggi dan tidak menentu khususnya untuk sebuah pesawat?
Apakah portal itu cuba untuk melenyapkan kenyataan bahawa pesawat tersebut perlu membayar ‘parking’ dan kos penyelenggaraan yang sudah tentu mahal harganya?
Apakah portal yang sering memburuk-burukkan pemimpin Kerajaan enggan menerima hakikat bahawa Yang DiPertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalannya perlu makan sekiranya berada di dalam pesawat tersebut untuk perjalanan yang jauh?
Di manakah etika dan tanggungjawab sebuah portal berita untuk melaporkan tentang sesebuah kebenaran kepada rakyat, atau Malaysiakini.com punya ‘agenda tersembunyi’ untuk memenangkan ‘tuan’nya pada Pilihan raya Umum ke-13 nanti?
Sementara begitu asyik berulang-kali mengingatkan rakyat mengenai lawatan Najib di Australia di mana Najib sebenarnya bertemu dengan rakyat dan pelajar Malaysia waktu itu, Malaysiakini.com sering terlupa memberitahu bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bercuti di China pada 31 Ogos itu.
Kenapa bahagian Guan Eng tidak pernah disebut dalam mana-mana bahan berita Malaysiakini.com?
@mynewshub.my
aku google kuar gambar najib...hik...gelak aku dibuatnya..hmmm mamat mana yg kreatif sangat nih..? hik!
No comments:
Post a Comment