Tuesday, September 13, 2011

“Terima Kasih Akim Sebab Hadiahkan Lirik Lagu” – Stacy


Penyanyi pop sensasi, Stacy kini kembali menemui peminat dengan album terbarunya, Stay-C yang telah pun siap sepenuhnya pada 15 April yang lalu. Menampilkan variasi genre lagu seperti balada, rock, dance dan pop, album ini memuatkan lagu Kisah Dongeng, karya Edry Abdul Halim yang pernah menjuarai carta-carta hit di radio tempatan.
Untuk melengkapkan penampilan album baru Stacy ini, pihak Astro turut menerbitkan 7 buah lagu, antaranya Kasanova, Cemburu, Bosan, Lalai, Kapsul, Gempur dan Pelangi Senja.
Istimewanya, lagu berjudul Cemburu menampilkan Akim sebagai pencipta lirik sebagai hadiah buat penyanyi daripada Sabah ini tanpa pengetahuan dirinya.
“Saya memang tak tahu lirik lagu itu sebenarnya dicipta oleh Akim. Pada saya, lirik tersebut merupakan hadiah istimewa daripada Akim untuk album ini,” kata Stacy di sesi sidang media yang berlangsung pada Jumaat lepas, di Hotel Hilton, KL Sentral.
Pada masa yang sama, Stacy turut disoalkan sama ada lirik lagu Cemburu itu berkaitan dengan gosip cintanya bersama Akim.
“Tidak sama sekali. Cemburu semestinya tiada kaitan dengan cinta. Kemungkinan besar, Akim meluahkan rasa cemburunya terhadap perkembangan kareer atau sebagainya,” ujar Stacy menafikan soalan nakal media.


@ohbulan.com

Baca seterusnya...

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...