Tuesday, September 13, 2011

Flash News : Miss Angola, Leila Lopes Adalah Pemenang Miss Universe 2011


Pemenang bagi Miss Universe tahun ini dipegang oleh Miss Angola iaitu Leila Lopes, 25. Dia telah merampas gelaran itu daripada  senarai 88 calon Miss Universe yang lain. Lopes adalah pemenang pertama dari negara asal beliau, Angola.
Ketika ditemuramah selepas memenangi pertandingan yang diterbitkan NBC bersama Donald Trump, beliau turut berkata,
“Saya berterima kasih dan bersyukur pada Tuhan kerana menciptakan saya begini tanpa perlu mengubah rupa saya,” Ketika soalan diberikan kepadanya. “Saya menganggap diri saya sebagai seorang yang memiliki kecantikan dalaman. Saya telah belajar banyak perkara dan disiplin dari keluarga saya dan saya akan amalkan seumur hidup saya.”
Untuk pengetahuan anda, Miss Universe pada kali ini adalah tahun yang ke-60 ianya dianjurkan. Pemenang tempat ke-2 ialah Miss Ukraine diikuti dengan Miss Brazil, Miss Filipina dan Miss China.
@ohbulan.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...