Friday, September 16, 2011

Siapa Pemenang Anugerah My Kids Awards


Demi menghargai peranan besar dan bakat bintang-bintang muda kita, TV3 akan mempersembahkan sebuah acara penganugerahan istimewa, “MY KIDS AWARDS”, yang julung-julung kalinya bakal diadakan di Malaysia, yang akan bersiaran secara langsung daripadaSunway Lagoon Amphitheater pada 24 September (Sabtu) bermula dari pukul 5.30 petang hingga 7.00malam.
Pertama kali diperkenalkan, MY KIDS AWARDS mempertandingkan tujuh anugerah iaitu Penyanyi Kanak-Kanak Lelaki Popular, Penyanyi Kanak-Kanak Perempuan Popular, Pelakon Kanak-Kanak Lelaki Terbaik, Pelakon Kanak-Kanak Perempuan Terbaik, Watak Animasi Paling Comel, Pengacara Paling ‘Cool’ dan Program TV Paling Hebat.
Majlis ini dihoskan oleh gandingan dua personaliti terkenal, Aliff Satar dan Zher Peen (Fly.fm announcer).
Anugerah Khas MY KIDS AWARDS pula ialah Idola Terhebat, Atlit Idola, Pengacara Paling Hot dan Artis Paling ‘Cool’.

aliff satar

@budiey.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...