Friday, September 16, 2011

Drama Soffiya


Selepas berakhirnya drama “KASIH ALIA”, slot AKASIA bakal menayangkan sebuah lagi siri drama penuh emosi, SOFFIYA lakonan hebat Tiz Zaqyah, Fizo Omar, Izara Aishah, Azhar Sulaiman dan Syazwan Zulkifli mulai 21 September 2011, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam.
Ikuti kisah Soffiya, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering menghadapi masalah kesihatan. Selepas satu kejadian hitam, rutin kehidupan Soffiya mula berubah termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung.
Nasib buruk terus mengikuti Soffiya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di penjara. Baru mula mengenal erti cinta, namun, Soffiya terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negeri. Setelah berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang, ketabahan Soffiya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya merupakan anak tirinya sendiri. Bagaimanakah Soffiya mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya?
Satu sidang media akan diadakan bagi memperkenalkan para pelakon, pengarah dan krew kepada media pada minggu depan.

Tiz Zaqyah
Tiz Zaqyah
Fizo Omar di AJL25
Fizo Omar

@budiey.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...