Reaksi penyanyi bergelar Datuk Sheila Majid sejurus selesai majlis pengumuman pencalonan akhir Anugerah Industri Muzik 18 cukup tegas. Susulan panasnya sidang media tersebut apabila beberapa nama besar industri masa kini tidak berjaya dicalonkan. Semuanya angkara kriteria pencalonan yang dilihat cukup meragukan.
Antara calon utama yang dinafikan hak mereka untuk dicalonkan ialah kumpulan Hujan dan Yuna dalam beberapa kategori individu dan teknikal. Ia adalah disebabkan isu taraf warganegara tenaga produksi dan album bukan diterbitkan oleh label tempatan.
“AIM merupakan satu-satunya anugerah industri yang berprestij. Kewujudannya setiap tahun harus dijaga kerana inilah majlis anugerah yang tidak berlandaskan populariti. Bagaimana industri muzik dapat terus hidup jika sesuatu yang tidak sihat berlaku dalam penganjuran anugerah ini. Saya berharap album-album yang bertanding akan terus dinilai bersandarkan kualiti dan bukannya berdasarkan taraf warganegara atau pun label tempatan,” ujar Sheila serius.
Bagi Sheila yang menerima 4 pencalonan di AIM tahun ini, dia berharap agar kriteria pertandingan ini dikemaskinikan dan RIM selaku penganjur mencari jalan penyelesaian secara rasional untuk setiap syarat yang dikenakan untuk setiap penyertaan.
“Memang banyak grey area yang terkandung dalam syarat-syarat penyertaan untuk majlis anugerah ini. Ia sering berubah-ubah. Saban tahun masalah yang sama dibangkitkan. Soalan yang sama diulang-ulang dan mahu diperjelaskan. Bagi saya RIM selaku penganjur harus duduk berbincang dan mengenalpasti setiap isu tersebut selain memberikan definisi yang terbaik untuk setiap kriteria dan mencari rasional di sebalik keputusan tersebut agar industri muzik dapat terus berkembang,” tegas Sheila terhadap isu tersebut.
Buat pertama kali dalam sejarah penganjuran AIM apabila senarai nama panel juri yang terlibat diumumkan kepada umum. Seramai 83 penggerak industri muzik tempatan, wakil stesen radio dan televisyen dan wakil media terlibat menghakimi 811 pencalonan.
“Melihat semula senarai barisan panel juri yang dipilih untuk menilai industri muzik, kita memang memerlukan karya seni kita dinilai oleh mereka yang berkemahiran dan cukup dikenali dalam bidang masing-masing. Baik dari segi susunan muzik, produksi dan industri secara keseluruhannya. Memang bukan mudah untuk menjadi hakim bagi menilai karya yang cukup subjektif. Sebab itu kita memerlukan mereka yang cukup berpengalaman dan tahu apa yang mereka nilaikan, bukan sekadar favoritism,” tambah Sheila lagi.
Hasilnya, Sheila yang muncul dengan album langsung berjudul The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years of Sheila Majid menerima 3 pencalonan iaitu Album Terbaik, Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu untuk Ku Mohon dan Jeritan Batinku. Menerusi single terbarunya yang berjudul Dengarkanlah, lagu tersebut dicalonkan dalam kategori Lagu Pop Terbaik.
“Saya bersyukur dengan pencalonan tersebut. Kepuasan saya berkarya adalah untuk peminat yang ketinggalan untuk meraikan kemeriahan ulangtahun ke 25 dalam sebuah konsert yang berlangsung di DFP. Itu saja. Apabila juri fikir album itu boleh diketengahkan, saya bersyukur. Saya harap ia akan menjadi penanda aras kepada artis lain dan industri untuk terus menghasilkan karya yang berkualiti.”
Dianggap sebagai artis paling senior dalam edisi AIM kali ini, dalam sejarah penganjuran AIM Sheila pernah memenangi pelbagai anugerah antaranya Persembahan Vokal Wanita Di Dalam Album (Ratu), Persembahan Vokal Berkumpulan (Jentayu, Bersatu Hati), Album Pop Terbaik (Ratu), Album Pop Terbaik (Ratu, Ku Mohon), Lagu Terbaik (Ku Mohon) dan Anugerah Kembara.
@gua.com.my
Anda masih ingat lagu nih..?

dan ini...?
dan ini..??? terbaek!!
Datang Melaka Singgah Lah Umri Homestay Dekat Dengan Makam Tun Teja! KLIK!
No comments:
Post a Comment