Sebelum menjelang Aidilfitri, Murai Batu asyik terbaca saja kisah status penyanyi lagu Ahmad iaitu Arrora Salwa. Rasanya banyak juga media yang membuat liputan tentang dirinya yang kini sudah pun mengaku janda.
Dalam tempoh yang sama, naik penat jugalah si Arrora menafikan Ahmad itu bukanlah nama bekas suaminya. Apapun, secara tiba-tiba Murai Batu mendapat tahu, Arrora kini sudah pun menemui Ahmad yang dicarinya.
Dengar cerita, Arrora kini sedang mabuk bercinta dengan salah seorang ahli kumpulan Max 24:7. Hah! Mesti ramai yang tertanya-tanya anggota yang mana satu? Yelah, Max 24:7 kan ada 12 orang ahli.
Paling Penting, Murai Batu diberitahu orang yang berjaya menawan hati Arrora yang sudah lama kesepian itu iailah Alloi atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Shaari.
Memandangkan mereka berdua ni adalah 'public figure' walaupun masih mentah dalam dunia hiburan, ada mata-mata perasan yang mereka asyik keluar bersama setiap malam.
Senang cerita, ada peminat yang telah nampak sendiri mereka meronda sekitar ibu kota.
Almaklumlah, Arrora berasal dari selatan dan Alloi pula sememangnya pakar selok-belok ibu kota ini. Mestilah Alloi berpusing sakan berkepit dengan Arrora.
Lebih panas lagi, hubungan mereka dikatakan semakin serius. Ada jiran tetangga melihat sendiri, Arrora membawa pulang Alloi ke kampung untuk beraya sekaligus memohon restu dari keluarga tentang hubungan mereka. Wah.! Sudah merancang untuk bertunang ke?
Yang syoknya, ada juga suara nakal berbisik ditelinga Murai Batu mengatakan mereka ni amat sesuai kerana banyak persamaan tentang status. Rupa-rupanya, barulah Murai Batu tahu, si Alloi ni berstatus duda dan mempunyai anak.
Oleh kerana si Alloi ni duda dan Arrora janda, mereka nampaknya pasangan sepadan. Murai Batu menerima berita gembira ini (bagi Murai Batulah, tapi tidak bagi setengah pihak kot), Murai Batu juga ada terdengar, memandangkan sedang asyik menyulami kemanisan bercinta, kedua-dua penyanyi ini dikatakan sudah berubah sikap.
Khabarnya, masing-masing sudah berubah sikap yang mana dulunya komited dengan kerja tetapi kini semakin lalai. Antara mereka berdua ni dikatakan sudah lupa diri dan suka cakap belakang. Siapakah orangnya, tekalah sendiri.
Namun, Murai Batu kasihan sekiranya percintaan ini membuatkan mereka alpa dan tidak ingat asal usul. Dik oi, ramai orang kat luar nak jadi artis tapi tak dapat peluang. Jadi, tolong gunakan peluang ini dengan baik-baik. Jangan dik kerana cinta, korang semua merana.
Nasihat Murai Batu, mereka sepatutnya mereka bijak menangani semua ini kerana contoh macam ini memang banyak berlaku. Apapun, selepas ni Murai Batu terpaksa lah bertanyakan sendiri betul ke mereka ni benar-benar bercinta atau sekadar ingin mencari publisiti murahan.
@murai.com.my

finalist worldstars road to hollywood
Ahiya, Arrora dan Afiq
Anda Cari Pakaian & Aksesori Wanita Muslimah? Singgah Butik Kami Di Melaka Sentral!

No comments:
Post a Comment