Wednesday, August 3, 2011

Tuisyen percuma kepada 100 sekolah

KEPALA BATAS – Institusi pendidikan perubatan Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) memilih 100 buah sekolah di kawasan Seberang Perai di sini untuk mengadakan kelas tuisyen bagi membantu pelajar mencapai keputusan lebih baik dalam peperiksaan.
Presiden AUCMS, Datuk Dr Zainuddin Md Wazir berkata, pembiayaan tuisyen secara percuma itu bagi pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
Katanya, kelas tuisyen yang melibatkan mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris itu merupakan salah satu program khidmat masyarakat AUCMS kepada penduduk setempat.
"Sasaran kita adalah pelajar daripada kumpulan yang dilihat mampu mendapat keputusan yang lebih baik jika diberi kelas tambahan kepada mereka.
"Kita juga tidak mengehadkan jumlah pelajar atau memperuntukkan sebarang kos sebaliknya akan memberi kelas tuisyen percuma kepada mereka agar mencapai keputusan cemerlang,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa anjuran ACMS di sini hari ini. – Bernama
ManaKedia.com- Syabas AUCMS! Usaha murni untuk anak2 bangsa Malaysia..patut dicontohi oleh badan2 lain! 
Di sini terdapat info sedikit tentang pusat tuisyen yang terletak di Semabok, Melaka. Diusahakan oleh En Haris 5 tahun yang lalu telah melahirkan ramai pelajar2 cemerlang dalam peperiksaan. Bila ditanya apakah formula kejayaan tersebut, beliau menjawab "ketegasan dan kesungguhan dalam mendidik anak2 adalah pendekatan kami..." Syabas En Haris! Syabas Pusat Tusiyen Perdana Ilmu! Teruskan usaha dan selamat maju jaya! 
Hubungi En Haris hari ini untuk memperbaiki mana-mana subjek lemah yang dihadapi oleh anak-anak anda! Terutamanya matapelajaran matematik, inggeris dan sains. Masa depan anak-anak adalah tanggungjawab kita bersama! 

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...