Sunday, August 7, 2011

Tepak Sireh








Tepak Sireh memang terkenal dikalangan orang-orang tua Melayu. Masih aku ingat lagi kalau balik kampong belah arwah emak aku di Selangor memang menjadi kebiasaan aku lihat arwah nenek aku memakan dan mengunyah daun sireh. Daun sireh tersebut akan dicolet sedikit dengan kapor dan gambir ditumbuk-tumbuk sehingga menjadi halus. Satu pengalaman yang seronok bersama nenek sewaktu kecil ku. Memang nenek suka berbual dan mengomel, macam2 cerita nenek akan ceritakan kepada cucu-cucu yang bertandang. 

Sirih digunakan oleh orang Melayu sebagai hantaran dalam istiadat perkahwinan orang Melayu. Sirih juga digunakan dalam upacara menjampi seseorang dalam proses mengubati pesakit.
Selain daripada itu, daun sirih juga boleh dimakan bersama-sama gambir untuk mengubati penyakit cirit-birit. Bagi mengubati pendarahan pada hidung, daun sirih digulung dan disumbat ke dalam lubang hidung untuk menghentikan pengaliran darah dari dalam hidung.

Sekiranya anda berminat untuk membeli barangan2 kraftangan seperti di atas anda boleh kunjungi Cardova Creative, Dataran Pahlawan, Melaka


Contoh barangan lain yang dijual di sana adalah seperti gambar di bawah. Sebenarnya terdapat ratusan barangan kraftangan yang cantek dan menarik untuk anda pilih. Jadi jangan tunggu lagi, hiasilah rumah anda di Hari Raya menjelang tiba ini dengan barangan koleksi Andalusia Creative.












Klik Di Sini Untuk Lihat Photo2 Lain Jurnal Kami!
Barangan Yang Terdapat Di Andalusia Creative, Dataran Pahlawan, Melaka (1)
Barangan Yang Terdapat Di Andalusia Creative, Dataran Pahlawan, Melaka (2)


No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...