Tuesday, August 16, 2011

Pakaian siap rekaan terkini di Jakel



FAROZ (kanan) menunjukkan kain samping yang diberi secara percuma dengan setiap pembelian sepasang baju Melayu.


SETIAP kali menjelang bulan Ramadan, umat Islam di Malaysia kebiasaannya pasti tidak terlepas daripada berfikir mengenai pakaian yang sesuai untuk dikenakan pada hari raya nanti.
Golongan bujang pasti mudah untuk memilih pakaian yang sesuai buat diri sendiri. Namun, bagi mereka yang berkeluarga, proses itu mungkin sedikit sukar dan memeningkan selain perlu mengambil kira soal wang yang dibelanjakan.
Selain itu, sebulan sebelum Ramadan, ramai orang berlumba-lumba untuk membuat tempahan pakaian untuk digayakan sempena hari raya. Kalau kesuntukan masa semua tempahan itu disiapkan sebelum hari raya, ramai pula yang terpaksa memilih pakaian siap.
Bagaimanapun, kerisauan lain yang timbul adalah sesetengah pakaian siap itu dijual pada harga mahal jika dibandingkan dengan kualiti kain dan jahitannya.
Jika inginkan baju yang harganya murah pula, pasti banyak kekurangan dan cacat cela ditemui terutamanya dari segi material fabrik dan cara jahitan yang tidak sehalus atau sekemas busana eksklusif.
Rungutan itu turut diterima pihak Jakel. Ramai pelanggan amat mengharapkan agar gedung tekstil terkemuka itu menjual pakaian siap memandangkan Jakel mempunyai fabrik yang cantik dan bermutu.
Berikutan itu, sejak tahun 2008, Jakel mengambil keputusan mengetengahkan koleksi pakaian siap yang lengkap untuk seisi keluarga iaitu buat wanita, lelaki dan kanak-kanak.
Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, permintaan untuk pakaian bertema bagi seisi keluarga semakin meningkat popular.
Oleh itu, pada tahun ini, Jakel mengambil kesempatan memperkenalkan konsep pakaian Papa & Mama bagi memudahkan pelanggan selain menyediakan lebih banyak pilihan untuk suami dan isteri ataupun ibu serta bapa bersama anak-anak.
Menariknya, Jakel tidak memberikan fabrik serupa untuk mereka yang inginkan konsep tersebut sebaliknya ia tampil dengan fabrik berbeza cuma menampilkan rona warna yang sepadan bagi seisi keluarga.
Dalam pada itu, katanya, Jakel turut menawarkan promosi istimewa iaitu bagi setiap pembelian sepasang baju Melayu berharga RM150, pelanggan akan diberikan sehelai kain samping songket Terengganu secara percuma.
Sempena lebaran tahun ini juga, Jakel menyediakan kira-kira 500,000 pasang baju kurung dan 250,000 pasang baju Melayu untuk diedar ke semua gedung Jakel di seluruh negara.
Bagi Jakel Kuala Lumpur, koleksi pakaian siap dipamerkan di ruang bawah dan tingkat empat manakala bagi cawangan Shah Alam, ia diletakkan di ruang bawah gedung tersebut.
Jelasnya, koleksi pakaian wanita yang diketengahkan adalah baju kurung pesak, baju kurung moden, baju Riau Pahang dan jubah manakala untuk lelaki ditampilkan baju Melayu cekak musang dan baju Melayu teluk belanga.

DI JAKEL golongan wanita berpeluang memiliki koleksi pakaian hari raya pelbagai warna dan corak.


Katanya, rata-rata koleksi pakaian siap khususnya untuk wanita menampilkan fabrik cita, cita bersulam, polister, likra, sifon dan sutera yang kesemuanya merupakan fabrik rekaan terkini termasuk dari segi warna serta corak.
Tambah beliau, untuk koleksi tahun ini, Jakel banyak mengetengahkan jenis fabrik dengan corak sulaman berbunga halus pada kaki kain dan rekaan sentuhan Eropah yang berteraskan warna-warna muda serta cerah.
Warna-warna yang mendapat pilihan tahun ini adalah rona perak dan merah cili.
Harga berpatutan
Dari segi harga pula, ia cukup murah dan berpatutan. Bagi baju kurung dewasa, ia dijual dengan harga serendah RM39 sepasang sehingga RM1,000 ke atas.
Sementara itu, baju kurung kanak-kanak pula dijual daripada RM29 hingga RM59 sepasang.
Lebih menarik, Jakel menawarkan koleksi pakaian siap daripada saiz SS hingga XXXL untuk memberi lebih pilihan kepada pelanggan khususnya buat mereka yang bersaiz kecil dan besar.
"Koleksi pakaian siap ini sememangnya kami tawarkan dengan harga yang murah. Umpamanya, baju kurung sutera yang boleh dibasuh (washable silk) dijual pada harga RM89 meskipun fabriknya sahaja sudah mencapai harga RM70 sepasang.
"Itulah kelebihan Jakel kerana kami mempunyai banyak pilihan fabrik untuk dijadikan pakaian siap. Jadi, ia dapat ditawarkan pada harga murah.
"Paling penting, kami menggunakan fabrik-fabrik berkualiti tanpa perlu cucian kering dan mampu dibeli oleh semua golongan," katanya yang telah mula menjual pakaian siap sejak pembukaan Jakel di Kuala Lumpur pada tahun 2008.
"Ramai tidak tahu bahawa Jakel sebenarnya ada menjual pakaian siap. Tapi sejak tahun lalu, kami mula serius menawarkan koleksi pakaian siap untuk pelanggan.
"Sambutan sangat menggalakkan dan di luar dugaan. Oleh itu, tahun ini kami sediakan lebih dua kali ganda kuantiti pakaian siap yang sememangnya sesuai dengan cita rasa dan kehendak pelanggan," katanya ketika ditemui di Wisma Jakel, Kuala Lumpur.
Mohamed Faroz memberitahu, untuk menyenangkan pelanggan, Jakel menawarkan semua jenis pakaian siap sempena lebaran daripada baju kurung, baju Melayu, jubah, baju ibu mengandung, baju kanak-kanak sehingga usia remaja dan samping songket mahupun yang diperbuat daripada kain benang.
Lebih menarik, katanya, harga yang ditawarkan juga murah dan cukup berpatutan kerana pelanggan membeli dengan harga kilang meskipun kualiti fabrik, potongan dan pembuatannya amat berkualiti seperti yang diketengahkan butik-butik eksklusif.
Tambah beliau, semua itu dilakukan deAmi memberi kepuasan dan kesenangan kepada pelanggan-pelanggan Jakel yang kini sudah mencapai lebih sejuta orang di seluruh Malaysia. Koleksi pakaian siap itu akan terus dijual sepanjang masa oleh Jakel.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...