Tuesday, August 16, 2011

Hanya RM12 di Salero Negori



RESTORAN Salero Negori menawarkan masakan dari Negeri Sembilan dan Padang.




GULAI daging tunjang, dendeng, ayam goreng bumbu dan ayam golek antara menu yang membangkitkan selera ketika berbuka puasa.
Selain itu, Restoran Salero Negori yang terletak di Jalan PJU 5/21, Kota Damansara turut menghidangkan lemak cili padi petai kikis, sambal ijo, sambal cili merah, sambal jering, pucuk tempoyak dan banyak lagi makanan tradisi masyarakat Negeri Sembilan dan Padang.
Ayam kalio dan pucuk tempoyak juga antara menu yang harus dicuba oleh para pengunjung.
Menurut pemilik restoran, Azman Anas, masakan Negeri Sembilan dan Padang mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Tapai aiskrim
Buktinya, cawangan restoran itu yang terletak di Kota Damansara merupakan cawangan kelima.
Selain di lokasi elit itu, empat lagi cawangannya terletak di Persiaran Gurney, Subang Jaya, Petaling Jaya dan Amcorp Mall.
"Tiada sebarang set makanan yang ditawarkan sebaliknya kita mengambil pesanan berdasarkan permintaan pelanggan.
"Biasanya purata harga untuk satu orang berharga RM12 sahaja," kata Azman yang mengusahakan restoran ini bersama isterinya, Khalkani Aliaman.
Selain keenakan masakannya, tapai aiskrim merupakan antara pencuci mulut yang paling popular dalam kalangan pelanggan-pelanggan setianya.
Keaslian rasa tapai pasti merangsang anda untuk memesan bukan satu tetapi dua cawan tapai aiskrim itu.


AYAM golek bertambah enak sekiranya dicicah dengan sambal cili yang sedikit pedas rasanya.



Restoran Salero Negori turut menyajikan kuih-muih tradisi.
Antaranya ialah kuih koci, kuih bakar, kuih cara, kuih bingka, kuih talam dan kuih lapis.
"Terbaru, kita juga akan menyajikan kuih lapis Sarawak pada Ramadan kali ini," kata Azman.
Pilihan minuman juga tidak terhad kepada yang biasa, cubalah jus avokado atau markisa yang menyegarkan.
Lokasi itu boleh memuatkan 150 orang pada satu-satu masa dan beroperasi dari pukul 11.30 pagi hingga 9.30 malam.
Mungkin anda yang ingin berbuka di luar, membawa anak-anak atau ibu bapa mahupun keluarga, silalah berkunjung ke Restoran Salero Negeri dengan membuat tempahan awal. - MAZLINA ABDUL MAJID

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...