Friday, August 5, 2011

Kakak Zuckerberg letak jawatan di Facebook



MARK ZUCKERBERG



LOS ANGELES -Pengarah Pemasaran Facebook, Randi Zuckerberg (gambar kecil) yang juga kakak pengasas laman itu, Mark Zuckerberg telah meletakkan jawatan, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang berusia 29 tahun dan bekas pelajar Universiti Harvard meletakkan jawatan setelah berkhidmat selama enam tahun.
Randi akan memulakan empayar media sosial dengan membantu syarikat-syarikat teknologi lain menjadi lebih mesra sosial dengan para pengguna.
Laman rangkaian sosial Facebook mengesahkan peletakan jawatan itu.
"Kami boleh mengesahkan bahawa Randi telah memutuskan untuk meninggalkan Facebook bagi memulakan syarikatnya sendiri," katanya dalam satu kenyataan Facebook.
Zuckerberg yang berusia 27 tahun menubuhkan Facebook pada 2004 dan harta kekayaannya dianggarkan bernilai AS$13.5 bilion (RM40.23 bilion). - Agensi


"MAYA TAILOR PROFESSIONAL DESIGNER"

Perkhidmatan Kami:-

Menjahit Baju Melayu- Menjahit Pakaian & Seluar - Menjahit & Menjual Kot Berjenama - Menjahit & Membekal Uniform Pejabat - Pakar Menjahit Sutera - Pembekal Hand-Made Songkok

Lokasi : Lot A 26, Bazaar Melaka Sentral, Jalan Tun Razak, Peringgit, 75300, Melaka.
Tel/Fax: 06-286 9041

Hubungi : A.Rahman (016-977 9175)

Waktu Perniagaan: 11.00 pagi - 7.00 ptg

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...