SERIBU D ENTERPRISE
Di atas adalah antara produk-produk yang dikeluarkan oleh kilang Kak Zee di Tampin, Alor Gajah, Melaka.
Pengurusan & Staff yang berdedikasi dan komited.
1) Belacan Kampong
2) Belacan Bakar
3) Bawang Goreng
4) Cincalok
5) Serunding Ikan Bilis
6) Ikan Bilis
7) Perencah Asam Pedas (Ramuan Asli)
8) Cili Giling (Boh)
9) Tauhu Kering dan lain-lain
Dengan kegigihan dan kesabaran Kak Gee mengusahakan kilang ini, hanya dari satu produk utama iaitu memproses belacan sekarang ini terdapat produk-produk sampingan lain yang diusahakan beliau. Sambutan terhadap jenama produk beliau My Chef dan Sure Best sangat menggalakkan dan sekarang ini terdapat ramai pengedar-pengedar di seluruh negara termasuklah negara Singapura. Dan sekarang ini Kak Zee dalam usaha memperbesarkan operasi kilang nya itu menawarkan sesiapa sahaja individu atau perniagaan di tanahair kita ini termasuk Sabah & Sarawak untuk menjadi pengedar kepada produk-produk keluarannya iaitu jenama My Chef dan Sure Best. Yang berminat bolehlah hubungi Kak Zee terus. Info kilang adalah seperti di bawah:-
Nama Syarikat : Seribu D Enterprise (MA0129209-P)
Alamat: Lot 1, Kwsn IKS Pulau Sebang, Alor Gajah (Tampin Post), 78000, Melaka.
No Tel: Puan Fauziah @ Kak Zee 012-677 7962/ 016- 660 6057
Produk Utama: Belacan Kampong & Belacan Bakar
Produk utama syarikat/ kilang ini adalah belacan kampong dan belacan bakar, memang sudah terkenal di seluruh negeri Melaka terutama di kawasan Tampin dan Alor Gajah Melaka ini. Bahan-bahan yang digunakan adalah tulen tanpa menggunakan bahan pengawet, bahan pewarna tiruan dan bahan kimia. Kebersihan dalam proses pembuatan diuatamakan.Anda semua boleh melawat kilang Kak Zee ini untuk melihat sendiri proses pembuatan belacan kampong dan bakar ini secara "live". Dan yang paling penting produk-produk ini semua dijamin halal kerana bahan-bahan yang digunakan semuanya adalah bahan-bahan semulajadi. Itu yang penting. Dan ianya amat sesuai digunakan oleh setiap isi rumah warga Islam dan juga bagi yang bukan Islam. Bagi menjamin kebersihan produk belacan sebuah oven pembakar yang diletakkan dalam bilik khas digunakan bagi mengelakkan sebarang habuk dan juga kotoran asing dari bercampor ke dalam bahan-bahan pembuatan. Dengan suhu tertentu, ramuan serta resipi asli tersendiri belacan My Chef ini mengeluarkan aroma yang sedap, lazat dan menyelerakan. Tanpa menggunakan bahan awet atau pewarna, belacan keluaran Kak Zee ini menghasilkan warna asli yang lebih ranggup.
Bagi menjamin kebersihan produk belacan sebuah oven pembakar yang diletakkan dalam bilik khas digunakan bagi mengelakkan sebarang habuk dan juga kotoran asing dari bercampor ke dalam bahan-bahan pembuatan. Dengan suhu tertentu, ramuan serta resipi asli tersendiri belacan My Chef ini mengeluarkan aroma yang sedap, lazat dan menyelerakan. Tanpa menggunakan bahan awet atau pewarna, belacan keluaran Kak Zee ini menghasilkan warna asli yang lebih ranggup.
Bahan-bahan pembuatan belacan disimpan dalam tong/tangki khas dan dijaga rapi supaya terhindar dari sebarang kotoran asing. Ianya memerlukan keadaan suhu bilik yang stabil. Dari bahan-bahan ini belacan-belacan akan dibentuk/ dicetak dengan cetakan tertentu mengikut citarasa sama ada berbentuk bulat atau empat segi besar atau kecil.
PRODUK KEDUA- BAWANG GORENG ASLI
Di atas sambutan yang diberikan oleh pelanggan selurun negara, kilang ini telah menghasilkan pelbagai produk-produk sampingan seperti bawang goreng, tauhu kering, cencalok, ikan bilis dan lain-lain mengikut permintaan. Salah satu produk yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan adalah bawang goreng. Di sini keutamaan yang dititik-beratkan oleh Kak Zee adalah bahan-bahan asas yang digunakan terdiri daripada yang asli sahaja tanpa bahan-bahan kimia. Bawang-bawang jenis terpilih dan yang segar sahaja yang digunakan dalam pembuatannya. Dan sebab itu bawang goreng keluaran kilang Kak Zee berjenama Sure Best sangat wangi dan manis dalam masakan.
BELI DAN SOKONGLAH PRODUK-PRODUK MUSLIM!
INGAT MY CHEF, INGAT SURE BEST!
PENGEDAR SELURUH NEGARA, BRUNEI DAN SINGAPURA DIKEHENDAKI!
Nama Syarikat : Seribu D Enterprise (MA0129209-P)
Alamat: Lot 1, Kwsn IKS Pulau Sebang, Alor Gajah (Tampin Post), 78000, Melaka.
No Tel: Puan Fauziah @ Kak Zee 012-677 7962/ 016- 660 6057
Jawatan Kosong! Kami Memerlukan Pekerja Di Bahagian Pengeluaran Dengan Segera. Tidak Perlukan Pengalaman! Suami Isteri DiGalakkan Memohon! Sila Datang Ke Kilang Kami!
Add Facebook Kami!
No comments:
Post a Comment