Saturday, May 14, 2011

Kelong Abu, Pulai, Melaka





Kelong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kelong.
Kelong ialah sejenis binaan luar pesisir yang diperbuat daripada bahan kayu, dan boleh dijumpai diperairan MalaysiaFilipina dan Indonesia, di samping sebilangan kecil yang masih wujud sekitar Singapura kesan pembandaran pesat.
Kelong dibina oleh nelayan terutamanya untuk tujuan perikanan, namun adanya kelong besar yang dijadikan tempat tinggal untuk keluarga nelayan. Kelong dibina tanpa perlunya paku, sebaliknya rotan digunakan untuk mengikat kayu balak dan papan yang menjafi bahan binaan. Kelong biasanya ditemui di perairan cetek, dilabuhkan pada dasar laut sedalam enam meter dengan cerucuk kayu sepanjang 20 meter. Sesetengah kelong tidaklah terpencil sangat kerana dihubungkan dengan darat melalui laluan papan. Ada juga jenis kelong bergerak, dan juga kelompok besar kelong yang membentuk komuniti luar pesisir yang besar.
Dalam bahasa pasar Singlish yang ditutur di Singapura, perkataan "kelong" membawa maksud perbuatan mengatur perlawanan di kalangan pengadil, khususnya dalam perlawanan bola sepak.
sumber: wikipedia

Dan sekarang ini kita lihat terdapat banyak kelong dipersisiran Lautan Cina Selatan dan juga Selat Melaka. Di negeri Melaka sendiri
terdapat banyak kelong yang diusahakan oleh penduduk tempatan. Contohnya kelong yang diusahakan oleh sdr Abu yang terletak
di Pulai, Melaka. Beliau telah mengusahakannya selama 2 tahun, dan dari sebuah kelong beliau telah berjaya membina 2 buah kelong lagi
di kawasan yang sama.

Sekiranya anda berminat utk memancing di sini, di bawah kami sertakan info Kelong Abu untuk anda semua..

Alamat : Km 16, Jalan Pantai Siring, Kg Pulai, 77300, Merlimau, Melaka.
Kemudahan : 1) Bilik Tidor 2) Dapor Masak 3) Tandas
Harga Sewaan: (Sila hubungi Sdr Abu)
Kami Juga Menyediakan Sewaan Sehari (24jam)  
Anda perlu BOOKING terlebih dahulu!
Perkhidmatan kami : Penghantaran pergi dan balik (dari pantai siring ke kelong) adalah percuma!

Hubungi Sdr Abu hari ini sekiranya anda berminat!
Hotline : 012- 243 3197/ 016- 249 8578
Harga : RM 30.00/ seorang




Ramai peminat pancing yang telah ke sini dan saya yg mengikuti beliau ke kelong tersebut yang jaraknya dari Pantai Siring
(Kampong Nelayan) hanya 1 km (5-8 minit perjalanan) amat teruja dengan persekitaran di situ. Amat mendamaikan jiwa dan sekiranya
anda mahukan ketenangan semasa memancing memang kami rekomen kan anda ke sini.



Jarak dari Pantai Siring ke Kelong Abu hanya 5-8 minit sahaja..


Rakan media uji kelong (Sumber Berita Harian)


SUASANA santai di kelong KKPPN, Kampung Sempang, Merlimau, menjanjikan ketenangan dan kepuasan kepada pemancing.
SUASANA santai di kelong KKPPN, Kampung Sempang, Merlimau, menjanjikan ketenangan dan kepuasan kepada pemancing.
KEWUJUDAN sebuah kelong memancing terbaru di Kampung Sempang Pantai, di Merlimau, Melaka, pantas menarik minat kaki pancing untuk mencuba lubuk terbaru itu.

Penulis bersama 20 rakan media di Melaka baru-baru ini berpeluang mencuba nasib di kelong yang dikenali sebagai pelantar memancing Kumpulan Komuniti Pengurusan Perikanan Persatuan Nelayan (KKPPN) yang dibuka secara rasmi November lalu. Kelong yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Bandaraya Melaka kini menjadi tarikan terbaru untuk kaki pancing seluruh negara mencuba khazanah laut di situ.

Terletak di berhampiran kawasan Zon Industri Akuakultur (ZIA) di kampung berkenaan, pelaburan sebanyak RM40,000 untuk membina kelong berkenaan jelas pelaburan bijak kerana sehingga kini, pengusahanya menerima terlalu banyak tempahan untuk memancing di situ. 

Penulis ketika diundang pada majlis Memancing Bersama Media baru-baru ini turut teruja apabila mendaratkan pelbagai spesies termasuk pari sepanjang malam. 

Meskipun tidak berjaya menawan ikan gred mahal seperti jenahak atau kerapu, namun kepuasan tetap dirasakan oleh semua peserta kerana kelong berkenaan turut menyediakan dapur membakar ikan selain kemudahan bilik solat dan bilik penginapan untuk keluarga kecil. 

Program Memancing bersama Media Melaka yang berlangsung pada jam 10 malam itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Ghazale Muhamad dan Pengarah Perikanan negeri, Rosmawati Ghazali. 
Penulis sendiri kini lebih yakin untuk memancing di situ kerana daripada perbualan bersama rakan yang lebih berpengalaman, mereka mengesyorkan waktu sesuai memancing di kelong berkenaan ialah ketika air pasang kerana jumlah tangkapan pasti lebih lumayan

Dan utk kaki pancing blog mypancing ini adalah sebuah blog yang sangat menarik untuk anda ikuti. terus ke blog!
 
Cuaca yang cantik dan saya bersama gerut2..


 
rakan2 sedang bersantai sambil menunggu tarikan dari bawah

 
Ewak@organizer menyediakan jemput2 udang..mmg sedap

 
ottai sedang siang ikan utk lauk malam dan aizat bersama gerut2


 
Masakan ewak memang sedap.. kari india senangin dan gerut2

 
Kari yang nyaris buat saya muntah kekenyangan..hehe

 
aizat dan ikan yang meragut jorannya..

 
saya bergambar dengan kurau untuk kenangan..

 
Antara hasil 3 hari 2 malam sebanyak 6 tong..

 
Duri je dah 3 tong..

 
Bergambar kenangan sebelum mengeteh dan pulang..


Assalamualaikum,

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada rakan2 yang sudi membaca setiap pengalaman yang masih junior ditengah laut yang terbentang luas.. Lihat gambar2 yang sempat saya update dan storynya sedang diproses.. maklum la sibuk sikit ;)

ANTARA FORUM-FORUM PANCING YANG AKTIF TANAHAIR 1) PANCING.NET  2) KAKIPANCING.NET 3) 10 blog pancing popular pilihan!

Perkhidmatan Membina Dan Membaik Pulih Bot-Bot Fibre Glass:-

Sdr Abu juga ada menyediakan perkhidmatan membaik pulih bot-bot fibre glass. Harga boleh runding, anda hanya perlu hubungi kami sahaja!



Alamat : Km 16, Jalan Pantai Siring, Kg Pulai, 77300, Merlimau, Melaka.
Kemudahan : 1) Bilik Tidor 2) Dapor Masak 3) Tandas
Harga Sewaan:  (Sila Hubungi Sdr Abu)
Kami Juga Menyediakan Sewaan Sehari (24jam)
Anda perlu BOOKING terlebih dahulu!
Perkhidmatan kami : Penghantaran pergi dan balik (dari pantai siring ke kelong) adalah percuma!

Hubungi Sdr Abu hari ini sekiranya anda berminat!
Hotline : 012- 243 3197/ 016- 249 8578
Harga : RM 30.00/ seorang

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...