Sunday, May 6, 2018

Kejam! Wanita Dirogol Sebelum Kepala Dipenggal

Liga Skromane, 33

SEORANG wanita yang berkunjung ke India untuk mengubati kemurungannya, diberikan dadah, dirogol sebelum dipenggal kepala.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tergantung di dalam hutan.
Liga Skromane, 33, yang menetap di Dublin, Ireland tiba di Kerala bersama kakaknya pada Februari lalu.
Bagaimanapun, mangsa dilaporkan hilang selepas meninggalkan sebuah pusat rawatan ayurveda untuk berkunjung ke pantai.
Mayatnya kemudian ditemui dekat hutan bakau di Thiruvallam pada 21 April lalu.
Polis pada Khamis mendedahkan bahawa mangsa digoda dua lelaki dan diberikan dadah, sebelum dirogol dan dibunuh.
Dua suspek kini dalam tahanan polis.
Menurut sumber kepada NDTV, kedua-dua suspek merupakan pengedar dadah dan salah seorangnya mempunyai rekod jenayah lampau mendera lelaki dan wanita secara seksual. – Mail Online UK/mStar Online



No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...