Sunday, April 29, 2018

Zahirah Tak Ada Kata Laluan Instagram Saya – Zul Ariffin

Kontroversi hangat dimana tersebarnya foto alat sulit menerusi akaun Instagram Zul Ariffin minggu lalu hangat diperkatakan sehingga membuatkan ramai gadis-gadis seakan “lupa diri” dan mahu melihat foto “anu” yang dikatakan milik Zul.
Namun, Zul sudah tampil menafikan foto lucah tersebut bukanlah miliknya dan menjelaskan akaun Instagram beliau digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang sengaja ingin memburukkan namanya.
Terbaru, Zul memberitahu ada tiga individu yang memiliki kata laluan untuk akaun Instagram peribadi beliau tetapi tidak termasuk Zahirah.
Saya berkongsi kata laluan dengan tidak lebih daripada tiga individu yang saya percayai dan mereka perlu ada kata laluan IG saya untuk membantu jika berlaku perkara tidak diingini. Akaun saya bukan kali pertama digodam tetapi sudah berkali-kali. Tapi dia (Zahirah) tidak ada kata laluan saya.
Kenyataan Zul itu sekaligus membuktikan pelakon wanita itu tidak ada kena mengena dalam isu terbabit. Harapnya dalang disebalik penyebaran foto lucah itu akan dikenal pasti tidak lama lagi.
@beautifulnara

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...