Sunday, April 29, 2018

(VIDEO) Solat Dalam Kereta, Ia Urusan Saya Dengan Allah – Fathia Latiff

Semalam, video Fathia Latiff mendirikan solat di dalam kereta mendapat perhatian di media sosial. Video tersebut mula dikongsikan menerusi akaun Instagram seorang pemilik salon terkenal, Ridzokumura yang memuji sifat Fathia tidak meninggalkan solat.
Difahamkan, ketika itu waktu solat hampir tamat dan mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ketika dalam perjalanan ke pertunjukan fesyen PrimaValet di Hotel Majestic .
Tindakan Fathia itu mencetuskan perdebatan di kalangan netizen dan ada juga yang mengecam Fathia. Mereka mempertikaikan bagaimana Fathia menentukan arah kiblat di dalam kereta yang sedang bergerak selain mengenakan solekan tebal.
Enggan memberikan komen yang terlalu banyak, Fathia menyifatkan solat yang dikerjakannya itu adalah urusannya dengan Allah dan menjelaskan beliau tidak tahu dirinya sedang dirakam ketika beribadah.
Saya kerjakan solat kerana Allah bukan kerana manusia. Maaf saya tidak tahu aksi saya dirakam.
Disebalik kecaman yang diterima, masih ada lagi yang memuji Fathia tidak lupa menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim dan sememangnya ada hukum mengatakan kita boleh menunaikan solat didalam kereta sekiranya dalam keadaan darurat ataupun tersekat dalam kesesakan lalu lintas.
@beautifulnara.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...