Tuesday, December 6, 2016

Saya Layan Peminat Sama Rata,Tidak Boleh Buat Apa- Apa Kalau Ada Yang Salah Tafsir – Aeril Zafrel

Menurut Aeril, beliau hanya melayan peminat dengan sama rata dan jika benar beliau ingin mengorat seseorang, beliau tidak mungkin akan melakukannya secara terbuka.
Saya mempunyai 1.5 juta pengikut di Instagram yang terdiri daripada lelaki dan wanita. Saya melayan mereka sama rata dan apabila ada masa terluang saya akan membalas komen mereka. Namun, jika ada yang tersalah anggap atau tersilap tafsir, perkara itu di luar kemampuan saya.
Saya bukan membalas komen dia saja, tetapi juga peminat lain. Bagaimanapun ada pula individu yang memadam komen orang lain. Jadi, ia nampak seperti saya hanya berbalas komen dengan peminat terbabit saja hingga ia menjadi viral. Sebagai artis, sokongan peminat adalah tunjang utama kejayaan dalam karier saya.Saya amat menghargai mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan saya di Instagram.
Buat Aeril apa yang berlaku adalah sebahagian daripada dugaan dalam rumah tangganya dan Wawa Zainal. Malah, Wawa juga tidak marah mengenai isu berkenaan.
Sebagai isteri Wawa amat mengenali saya dan dia juga pelakon. Ketika saya membalas komen peminat di Instagram, dia ada di sebelah saya dan turut membacanya. Jika ada komen nakal daripada peminat, dia senyum saja.
Saya tiada masa untuk memikirkan hal lain, apatah lagi usia perkahwinan kami masih ‘muda’ serta dua anak yang masih kecil. Lebih baik saya fokus pada kerjaya dan keluarga saya. Kami berdua juga saling mempercayai dan saya akan menjaga kepercayaan Wawa dengan saya.
Semua yang berlaku cuma satu salah faham sahaja. Kami juga “respect” dengan sifat Wawa Zainal yang tidak mudah melatah apabila Aeril Zafrel dikatakan menggatal dan macam-macam lagi. Harapnya  mereka berdua akan saling memahami seperti ini sehingga akhir hayat.
@beautifulnara.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...