Tuesday, December 6, 2016

Pengacau isteri orang dirodok mati


ABDUL AZIZ menunjukkan buluh yang digunakan untuk merodok perut Yanto pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Sungai Buloh di Sungai Buloh semalam.

SUNGAI BULOH – Gara-gara disyaki mengacau isteri muda orang, seorang buruh binaan warga Indonesia dirodok dengan parang yang diikat pada galah ketika tidur bersama isteri dan anaknya dalam kejadian di sebuah rumah setinggan di Kampung Melayu Subang di Shah Alam baru-baru ini.
Akibat kejadian pada pukul 2.30 pagi, 28 November lalu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Yanto, 20-an, mati selepas dua hari dirawat di Hospital Sungai Buloh.
Yanto maut akibat mengalami kecederaan teruk pada usus selepas parang yang dirodok ke perutnya dipulas-pulas.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Abdul Aziz Awang Darus berkata, ekoran kejadian tersebut, polis menahan dalang pembunuhan Yanto dan tiga orang upahan yang melakukan jenayah tersebut.
Salah seorang orang upahan kes itu merupakan bekas anggota polis yang dibuang kerja berasal dari Sabah.
Menurut beliau, semasa kejadian, Yanto yang tidur di sebuah bilik bersama isteri dan anaknya ce­dera akibat dirodok dengan parang yang diikat pada galah diperbuat daripada buluh yang dimasukkan menerusi tingkap di rumah mang­sa.
“Kecederaan mangsa disedari isterinya yang kemudian terus menolak galah sepanjang 3.5 meter daripada terus mencederakan suaminya,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1206&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz4S3cZJJlE 
Hakcipta terpelihara 

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...