Monday, April 4, 2016

Fasha Sandha Dapat Hak Penjagaan Anak Sepenuhnya

Sudah bahagia dengan kehidupan beliau sekarang, Fasha Sandha juga memberitahu beliau sudah mendapat hak penjagaan penuh terhadap anak-anaknya. Bekas, suaminya Jejai masih boleh melawat Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma pada bila-bila masa sahaja.
Namun, buat masa ini Jejai belum mendapat keizinan untuk membawa anak-anaknya bermalam bersamanya.
Sudah menegaskan tidak mahu merujuk semula bersama Jejai, Fasha akui mereka masih berhubungan melalui telefon tetapi beliau menganggap ia tidak lebih daripada urusan berkaitan anak-anak.
Kami berpisah bukan kerana kehendak masing-masing tetapi kerana keadaan. Jadi selepas berpisah, hidup saya kini lebih tenang.
Dia juga ada telefon tapi saya anggap itu lebih kepada atas urusan untuk anak-anak. Jadi bila dia beri ucapan hari lahir kepada saya, saya tak anggap apa-apa cuma mungkin sebagai penghargaan kepada saya sebagai ibu kepada anak-anaknya.
Selepas berpisah, pintu rezeki Fasha dan anak-anak terbuka lebih luas. Fasha kini sangat sibuk dengan pelbagai tawaran yang diberikan kepada beliau.
Itulah yang dikatakan rezeki anak-anak, mungkin apa yang berlaku antara Fasha dan Jejai ada hikmahnya buat mereka.
@beautifulnara.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...