Sunday, March 27, 2016

Kes Belasah Pengkid : Lydiawati Sudah Beri Keterangan Pada Polis

Semalam video Lydiawati yang sudah hilang sabar dan bertindak untuk memukul seorang pengkid menjadi viral di media sosial. Ramai yang tertanya-tanya apakah yang terjadi sehingga Lydiawati bertindak sebegitu?
Lydiawati kemudian  menjelaskan beliau sudah tidak tahan lagi  di ganggu oleh pengkid berkenaan yang menghantar ratusan mesej lucah setiap hari. Malah, pengkid itu mendakwa beliau merupakan kerabat diraja Brunei dan menawarkan pelbagai hadiah mewah buat Lydiwati.
Terbaru, difahamkah Lydiawati telah dipanggil oleh pihak polis semalam bagi memberikan keterangan lanjut berhubung kes berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang.
Aktres itu hadir kira-kira jam 6 petang di balai polis dan dibenarkan pulang selepas pihak polis merakam kenyataan beliau.
Kalau sudah hari-hari terima mesej lucah dan menjadi tempat untuk memuaskan nafsu seorang pengkid, memang ia mencabar kesabaran sesiapa pun, lebih-lebih lagi jika kita di ugut dan sebagainya. Hati-hati  juga kepada mereka di luar sana jangan terpedaya dengan kata-kata manis mereka.
@beautifulnara.com

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...