Friday, April 11, 2014

Penculik tuntut wang tebusan RM36.4 juta


RESORT Singamata yang terletak berdekatan Pulau Bum Bum di Semporna, Sabah.


PETALING JAYA - Penculik dua wanita warga asing di sebuah resort di Semporna minggu lepas menuntut wang tebusan sebanyak RM36.4 juta untuk membebaskan pelajar warga China yang merupakan salah seorang daripada mangsa culik.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagaimanapun tiada tuntutan wang tebusan bagi seorang lagi wanita warga Filipina yang merupakan pekerja resort tersebut.
"Kami menerima nota daripada penculik yang menuntut 500 juta Peso (RM36.4 juta) sebagai wang tebusan.
"Kami telah menghantar kumpulan perunding untuk berbincang dengan orang tengah kumpulan penculik terbabit," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri segmen program Wanita Hari Ini, terbitan TV3 di sini semalam.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0411&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2yZVwS5NU 
Hakcipta terpelihara 

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...