Wednesday, January 29, 2014

Tiada pencerobohan kapal perang China


Kapal pendarat amfibia PLAN, Changbaishan semasa menjalani latihan di perairan Kepulauan Spratly dekat Laut China Selatan baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menafikan dakwaan berlaku pencerobohan oleh Tentera Laut China (PLAN) di perairan Terumbu James, sebuah kawasan di Laut China Selatan yang dituntut Malaysia pada 23 Januari lalu.
Tiga kapal perang PLAN yang sedang menjalani latihan di perairan Kepulauan Spratly itu tidak memasuki perairan negara sebagaimana didakwa.
Terumbu James yang berdekatan Kepulauan Spratly terletak kira-kira 320 batu nautika dari Bintulu, Sarawak dan dipercayai kaya dengan hasil bumi terutamanya sumber petroleum.
Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, pemantauan dan risikan daripada pihak TLDM mendapati ketiga-tiga kapal perang itu berada jauh dari kawasan perairan Terumbu James.
"TLDM mengetahui tentang kehadiran tiga buah kapal perang PLAN di kawasan perairan Laut China Selatan dan kita sememangnya memantau rapat pergerakan mereka tetapi tiada percerobohan seperti didakwa.
"Kita telah meningkatkan pengawasan di sini dan memantau sebarang pergerakan atau pencerobohan kapal-kapal perang asing," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0129&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_11.htm#ixzz2rle2QpGW 
Hakcipta terpelihara 

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...