Friday, January 24, 2014

Mayat bayi perempuan ditemui dalam tandas masjid

ANGGOTA forensik mengangkat mayat bayi perempuan yang ditemui di tandas Masjid Alwi, Kangar, Perlis semalam.


KANGAR - Jemaah Masjid Alwi di sini gempar dengan penemuan mayat bayi perempuan cukup sifat berusia tujuh atau lapan bulan di sebuah tandas lelaki di masjid itu pada pukul 7 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd. Nordin berkata, mayat bayi itu ditemui oleh seorang penjawat awam yang kebetulan ingin ke tandas berkenaan.
"Lelaki itu menemui mayat bayi itu yang masih mempunyai tali pusat dipercayai baru sahaja dilahirkan beberapa jam sebelum itu sebelum diletakkan bersebelahan dengan lubang tandas tersebut.
"Mayat bayi itu ditemui dalam keadaan tanpa seurat benang. Lelaki itu kemudian memberitahu jemaah masjid tentang perkara itu sebelum menghubungi polis," kata Abdul Rahman ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0124&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_11.htm#ixzz2rJPhRnfo 
Hakcipta terpelihara 

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...