Tuesday, January 28, 2014

Diktator Korea Utara bunuh keluarga bapa saudara


JONG-UN


PYONGYANG - Saudara-mara terdekat bapa saudara pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un telah dibunuh atas arahannya.
Media Korea Selatan melaporkan bahawa anak-anak Jang Song-thaek, adik-beradik dan beberapa cucu telah dihukum mati.
Song-thaek, 67, dibunuh pada bulan lalu selepas beliau didakwa berkomplot untuk menjatuhkan rejim komunis pimpinan Jong-un.
Beberapa sumber memberitahu agensi berita Yonhap bahawa setakat ini masih tidak jelas bila pembunuhan beramai-ramai itu berlaku.
Namun, kesemua mereka dihapuskan selepas kematian Song-thaek pada 12 Disember lalu.
"Beberapa saudara-mara Song-thaek ditembak mati menggunakan pistol di hadapan orang lain ketikameronta semasa diseret keluar dari kediaman mereka," kata sumber kepada Yonhap.
Antara yang dibunuh termasuk saudara perempuan Song-thaek, Jang Kye-sun dan suaminya yang juga Duta ke Cuba beserta anak saudara Song-Thaek, Jang Yong-chol bersama dua anak lelakinya.
Yong-chol pernah menjadi Duta ke Malaysia.
Korea Utara sebelum ini mengejutkan dunia berhubung pengumuman pembunuhan Song-thaek yang dilihat sebagai penaung Jong-Un.
Kematiannya merupakan perubahan politik terbesar yang berlaku di Korea Utara sejak Jong-un, 30, mengambil alih tampok pemerintahan daripada bapanya, mendiang Kim Jong-il. - Agensi
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0128&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2rhZj1cNK 
Hakcipta terpelihara 


baca lagi...klik!

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...