Saturday, January 11, 2014

Cara Fida Ibrahim bertudung dikritik sesetengah pihak

Kami dapat rasakan semakin hari, haters Fida semakin bertambah. Baru-baru ini, dipetik daripada Portal GUA bahawa Fiza telah dikecam oleh pihak-pihak tertentu yang bertudung kerana dikatakan penampilannya itu tidak mengikut kesesuaian bagi pemakaian tudung.
“Tak patut orang salahkan saya. Bila perkara sebegini berlaku, ada yang mengaitkan saya dengan wanita bertudung yang lain. Saya macam orang lain juga, ada kesilapannya,”
“Kalau ada tuduhan yang berlaku pada saya, jangan kaitkan dengan yang wanita lain yang berhijab. Kalau rasa saya yang salah, saya pohon untuk fokus dengan saya sahaja, bukan melihat semua wanita bertudung secara keseluruhannya.”
“Kebanyakkan peminat memahami saya. Tapi ada juga mendengar dan menghukum tanpa usul periksa. Bagi saya, jangan mudah meletakkan hukum atau menghakimi seseorang sebelum mengetahui perihal sebenarnya,”
Sabar la Fida, ada hikmahnya kenapa anda sentiasa dikecam. Jadikan kecaman itu sebagai panduan di masa hadapan.
@mediamalaya.com

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...