Monday, November 4, 2013

Avril Lavigne & Chad Kroeger Rancang Bina Keluarga

Avril Lavigne dan Chad Kroeger
SELEPAS mendirikan rumah tangga pada Julai lalu, penyanyi Avril Lavigne dan Chad Kroeger sudah sedia merancang untuk membina keluarga.
Menurut laporan portal Access Hollywood, walaupun sibuk dengan kerja muzik masing-masing, Avril dan Chad ingin memiliki anak secepat mungkin.
"Kami berdua mahu memiliki seorang anak yang dapat menceria dan bahagiakan lagi hubungan ini.
"Cuma kami perlukan masa sedikit untuk bersama memandangkan Avril dan saya sibuk dengan kerja masing-masing," kata Chat.
Avril, 29, kini sedang mempromosikan album terbaharunya manakala Chad pula dengan konsert jelajah di Afrika Selatan bersama kumpulannya, Nickelback.
@mstar.com.my

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...