Sunday, October 27, 2013

Tengkorak keliling dunia

TENGKORAK ini berpeluang menaiki gondola romantis di Venice.


PADA kebiasaannya, seseorang akan membawa pakaian dan peralatan yang boleh digunakan sepanjang perjalanan apabila mengelilingi dunia tetapi berbeza pula bagi seorang wanita Mexico, Susan Weese. Wanita berumur 57 itu gemar membawa tengkorak manusia bersamanya.
Susan yang bercita-cita mengunjungi semua tempat menarik di dunia seperti Venice, Paris, Rom dan New York memperoleh idea untuk membawa tengkorak itu semasa perayaan Halloween tahun lalu. Sejak itu, tengkorak yang dikenali sebagai 'Samantha' itu setia menemaninya.
Projek khas bersama tengkorak itu akan berakhir selepas ia dibawa mengunjungi lokasi-lokasi menarik di Texas dan San Francisco, Amerika Syarikat.
Susan pasti akan membawa 'sahabatnya' itu ke mana dia pergi. Sebelum ini, dia sudah beberapa kali mengunjungi lokasi-lokasi popular di seluruh dunia.
"Samantha diletakkan di kerusi penumpang di dalam kereta saya. Ketika itu, terlintas di fikiran yang dia sangat unik untuk menjadi teman mengelilingi dunia.

PASANGAN muda ini juga tidak terkecuali merakam gambar kenangan bersama 'Samantha'.


"Malah pemandu lain turut menunjukkan sokongan dengan membunyikan hon kenderaan sebaik mereka ternampak Samantha.
"Tengkorak ini sudah melawat beberapa lokasi seperti bangunan Empire State di New York, Colosseum di Rom, dan menaiki gondola romantis di Venice, Itali.
"Apabila projek bersama Samantha ini berakhir, saya merancang untuk meletakkannya di studio kerana ia kini telah menjadi sebahagian daripada keluarga saya," ujarwanita dari Albuquerque, New Mexico ini.
Susan memberitahu, dia mengharapkan untuk mendapat tengkorak yang lebih ringan bagi perjalanan pada masa depan. Dia mula berminat dengan tengkorak dan tulang setelah membuat kajian selama 30 tahun semasa bekerja dalam bidang ilustrasi perubatan.
"Membawa Samantha yang seberat 19 kilogram mengelilingi dunia bukanlah perkara yang mudah kerana kulit saya sering tergores serta mendapat lebam di tangan.
"Untuk membawanya melalui lapangan terbang juga agak sukar. Saya sering ditahan petugas lapangan terbang kerana menyangka saya membawa tengkorak manusia sebenar," katanya.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1027&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_06.htm#ixzz2iuHvKZNj
Hakcipta terpelihara 

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...