Thursday, October 17, 2013

BUKAN LAGI ARTIS EKSKLUSIF ASTRO - ELFIRA LOY BAWA DIRI

Mungkin sebelum ini ramai yang hairan kenapa Elfira Loy tidak lagi digandingkan dengan Randy Pangalila dalam drama bersiri Benci Vs Cinta. Malah gandingan Nora Danish dengan bintang sinetron Indonesia itu dilihat seolah tangkap muat oleh pengarahnya Michael Ang. 

Namun ini yang sebenarnya terjadi, Elfira Loy kini bukan lagi artis eksklusif stesen televisyen Astro. Kontraknya telah tamat pada Disember tahun lalu lagi dan sudah tiba masanya untuk dia berdikari menguruskan kerjaya sendiri. 

 


"Saya dah nak masuk umur 20 tahun dan sudah tiba masanya saya menguruskan kerjaya sendiri. 

“Lagipun kontrak saya sudah tamat pada hujung tahun lalu di mana pihak Astro memberikan saya buat pilihan sama ada mahu sambung atau tidak," katanya. 

"Saya juga bersyukur, walaupun tidak menyambung kontrak dengan Astro, saya masih lagi menerima pelbagai tawaran drama daripada Astro," ujarnya ketika ditemui media di di Sunway Piramid, Petaling Jaya, Selangor. 

Ohhh... begitu rupanya. Harap-harap Elfira akan lebih berjaya selepas ini. 

@myartis.com


Cari agen umrah & haji bertauliah di Melaka? Klik!


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...