Monday, May 6, 2013

Siti, Tomok teruja undi kali pertama



Siti, Tomok teruja undi kali pertama
Siti ditemani Rozi tidak ketinggalan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Gambar kanan: Tomok menunjukkan nombor giliran untuk mengundi.
KUALA LUMPUR - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan penyanyi terkenal, Tomok teruja mengundi buat kali pertama.

Ketibaan Siti di Sekolah Kebangsaan Alam Damai pada jam 11.30 pagi ditemani pengurusnya, Rozi Abdul Razak mendapat perhatian ramai.

Menurutnya, siapa pun yang bakal menjadi pemimpin haruslah bertanggungjawab terhadap rakyat.

“Mereka yang dipilih perlu bekerja keras dan tahu akan tanggungjawabnya membela nasib rakyat.

“Rakyat perlu terima keputusan dibuat dengan tenang, kerana proses (pilihan raya) seperti ini berlaku di negara lain juga,” katanya.

Isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa itu mengingatkan orang ramai untuk kekalkan keharmonian dan keamanan negara.

“Pemilihan sudah dibuat hasil suara rakyat, apa pun keputusan terima dengan tenang,” katanya.
Sementara itu, Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail yang tiba seorang diri di pusat pengundian sama turut teruja untuk menunaikan tanggungjawabnya terhadap negara.

“Saya lihat pengundian berjalan lancar dan tenang, saya harap ketenangan itu akan kekal selepas keputusan diumum.

“Apa yang kita ada sudah bagus, jadi kita perlu kekalkan kesinambungan itu demi kestabilan dan keamanan negara,” katanya.

Pelantun lagu Jom Kita Mengundi itu turut mengingatkan generasi muda agar tidak terlibat dalam usaha mencetuskan kekacauan dalam negara.

“Jangan emosi, kita sudah jalankan tanggungjawab, apa juga keputusan kita perlu terima,” katanya.
sumber: sinarharian.com.my

Homestay Melaka

Menyediakan penginapan yang selesa untuk keluarga yang ramai di Bandaraya Warisan Melaka.


Alamat Homestay

No 28, Jalan D3, Taman Dahlia
Bukit Beruang, Ayer Keroh
75450 Melaka

No Tel : 013-6306624 ( Jaini )













Pengunjung Terkini!!

Homestay Melaka mengucapkan datang kepada Puan Julaina sekeluaraga ke  Melaka Bandar Warisan Dunia. .

 Selamat bercuti dengan melawat tempat-tempat menarik di Melaka.  Terima kasih kerana memilih Homestay Melaka sebagai tempat penginapan, semoga puan selesa dan berpuas hati.



No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...