Pelakon kontroversi Zarina Anjoulie akhirnya bebas selepas dijamin oleh adik perempuan tirinya selepas dua hari berada dalam Penjara Kajang.
Menerusi laporan Bernama, Zarina dilihat keluar dari bilik lokap kompleks mahkamah Petaling Jaya kira-kira pukul 10 pagi kelihatan tenang, memakai baju-T warna kelabu dan bercermin mata gelap. 
 
Sementara itu, MH Online yang baru menghubungi pelakon drama 'Anak Pontianak' ini memaklumkan bahawa dia akan membuat sidang media khusus untuk memberi penjelasan mengenai kes tersebut.
 
"Kepada semua wartawan, bagilah peluang saya berehat dulu. InsyaAllah, dalam minggu depan saya akan jelaskan kesemuanya," Kata Zarina ringkas. 
 
Sebelum ini, Zarina bersama rakan lelakinya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, didakwa di Mahkamah Majistret di sini Rabu lepas memiliki dua biji pil Eramin 5 anggaran seberat 0.6 gram, disebuah kediaman di Damansara Damai, pada 30 Disember lalu.

@mediahiburan.karangkraf.com