Thursday, January 24, 2013

Nabila Huda tawan peminat menerusi lakonan berkesan


Nabila Huda - Janji Sirah
Abil bersama pelakon drama Janji Sirah
TIADA siapa yang boleh menidakkan kebolehan pelakon berbakat besar, Nabila Huda, dalam bidang lakonan.

Walaupun sering dihujani pelbagai kontroversi yang mampu menjatuhkannya, namun ia bukanlah penanda aras penerimaan peminat.

Ianya terbukti apabila anak penyanyi rock terkenal, Amy Search ini berjaya menambat hati peminat, sekali gus meletakkannya antara lima finalis Anugerah Bintang Popular (ABP) 2012.

Menerusi kategori Pelakon TV Wanita Popular, Nabila bakal berentap bersama empat finalis lain termasuk Fasha Sandha, Izara Aishah, Neelofa dan Siti Saleha.

Tidak pernah menduga tercalon dalam ABP2012, Nabila yang mesra disapa Abil ini enggan meletakkan harapan tinggi untuk menang kerana akur dengan kehebatan finalis lain.

"Alhamdulillah, saya langsung tidak menduga akan tercalon dalam kategori ini kerana saya yakin, ramai pelakon yang lebih hebat daripada saya.

"Mungkin ini adalah impak drama bersiri, slot Akasia, Julia yang ditayangkan baru-baru ini kerana saya sendiri cuba melakukan yang terbaik dalam drama itu. Ia turut memberi kesan kepada saya.

"Namun, saya tidak berharap untuk menang, pencalonan ini sudah memberi kejutan besar buat saya kerana saya tiada kelab peminat (Fan Club) seperti selebriti lain," katanya yang muncul dalam drama bersiri terbaru TV3, Janji Sirah, setiap Ahad, jam 9 malam.

Derita apendiks?

Ramai yang tidak tahu, dalam gelak ketawa Abil, dia baru sahaja mendapatkan rawatan di hospital kerana mengalami kesakitan di bahagian perut.

Malah, rawatan di sebuah klinik swasta mendapati Abil mengalami apendiks dan perlu segera dibedah.

"Saya takut nak lalui proses pembedahan. Lagipun, sebelum ini, saya memang jarang sakit. Tak sangka pula kena sakit teruk macam ni.

"Tapi, saya berdegil nak keluar dari hospital. Kemudian, sakit itu datang lagi dan saya terus ke hospital kerajaan untuk buat pemeriksaan semula.

"Selepas ujian imbasan, doktor sahkan saya hanya mengalami kekurangan air dalam badan sehingga sistem pencernaan saya terganggu.

"Alhamdulillah, selepas makan ubat yang dibekalkan, saya beransur pulih," katanya.

Cara terapi diri

Setiap orang mempunyai cara tersendiri meluangkan masa untuk 'lari' seketika daripada bebanan kerja. Bagi Abil, dia lebih suka pergi bercuti sebagai cara terapi diri untuk menghilangkan stres serta menenangkan fikiran.

"Mungkin setiap orang, lain caranya. Tapi, saya lebih suka menghabiskan masa dengan bercuti ke merata tempat dan ia menjadi hobi saya.

"Baru-baru ini, saya baru sahaja pulang dari Eropah dan berada di sana selama dua minggu, diikuti dengan Amsterdam, Rom, Indonesia dan Greece.

"Dulu, saya banyak melancong ke serata tempat. Namun, kini komitmen kerja menghalang saya untuk berbuat demikian.

"Jadi, masa yang ada, saya akan selitkan untuk bercuti," katanya yang lebih selesa bercuti secara solo.
@mstar.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...