Wednesday, January 16, 2013

Kasut Tumit Tinggi Jadikan Emma Stone Seperti 'Gergasi'


AKTRESS Emma Stone yang mempunyai ketinggian 5 kaki 6 inci cuba mengelak daripada memakai kasut bertumit tinggi.
Menurut laporan portal Contactmusic, dia merasakan kasut tumit tinggi boleh membuatnya kelihatan lebih besar seperti gergasi.
"Saya selesa dengan kasut berbentuk leper. Jika memakai kasut tinggi, saya berasa seperti gergasi," katanya.
Wanita berusia 24 tahun yang sedang hangat bercinta dengan Andrew Garfield itu menambah, dia juga lebih selesa dengan imej kasual serta dandanan solekan nipis.
"Stella Mccartney, Lanvin dan Miu Miu antara jenama kegemaran saya. Tetapi perunding gaya saya yang terlalu mengikut fesyen. Berbanding dengan saya yang lebih selesa mengenakan seluar denim dan kemeja T.
"Bagaimanapun untuk acara karpet merah, mujurlah saya mempunyai pendandan rambut peribadi yang membantu menyiapkan saya untuk menjadi lebih cantik manakala gincu merah pula antara peralatan solek kegemaran saya," ujarnya.
@mstar.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...