Pelakon kontroversi seberang, Julia Perez menyambut kedatangan tahun 2013 dengan menghabiskan malam 31 Disember di Masjid Sunda Kelapa, Jakarta. 
 
“Tahun baru memang agak berbeza. Biasanya saya pergi ‘clubbing', tetapi kali ini berbeza. Saya ingin mendekatkan diri dengan Allah. Jadi, malam ini saya mahu lebih banyak bersyukur kerana Allah banyak memberi nikmat.
 
"Saya yakin rezeki tak akan ke mana. Duit boleh dicari tetapi, tahun baru berbeza jika kita panjatkan doa untuk bersyukur kerana saya selalu terlupa apabila dapat duit lupa ucapkan terima kasih pada Allah,” katanya yang menolak beberapa tawaran persembahan yang menjanjikan bayaran lumayan.

@mediahiburan.karangkraf.com