Di sebalik kejayaan mempertahankan anugerah Vokal Terbaik buat kali ketiga berturut-turut di Anugerah Juara Lagu ke-27, Hafiz turut berjaya memukau salah seorang juri pertandingan iaitu Hetty Koes Endang yang memberikannya 'standing ovation' sejurus membuat persembahan. 
Dipetik daripada laporan sebuah blog hiburan, Hafiz yang menyanyikan lagu 'Ku Akui' menganggap pengiktirafan daripada penyanyi tersebut merupakan pengalaman yang tidak mungkin dilupakan sepanjang hidup. 
 
"Saya sangat berterima kasih kepada dia kerana menyukai persembahan saya. 
 
"Dia pernah memberikan kritikan terhadap persembahan saya (di AF). Dari situ, saya ambil komennya untuk meningkatkan mutu persembahan saya," kata Hafiz yang turut mempertaruhkan lagu 'Ombak Rindu', duetnya bersama Adira.
 
Dalam perkembangan lain, Hafiz kini sibuk merakamkan lagu baru untuk dimuatkan dalam album keduanya yang akan menemui peminat pada tahun ini.

@mediahiburan.karangkraf.com