Wednesday, January 9, 2013

Gambar Nazim Othman & Bella Dally di Anugerah Juara Lagu 27


Pasangan yang dulunya kawan rapat dan kini dah sah pun sebagai pasangan bercinta ini hadir menjejakkan kaki di karpet merah Anugerah Juara Lagu 27.
Sangat sesuai, sangat secocok, itu yang Budiey boleh cakap. Nazim Othman minat K-pop dan Bella Dally pula orangnya sangat urban dan wajahnya sangat molek. Bella Dally dilihat bakal menghiasi drama TV dan seni hiburan untuk tahun 2013. Nazim pula kini semakin mengukuhkan namanya dalam industri.
Oh ya, menurut kata Bella, dia mengenakan busana dari pereka jenama Mimpi Kita. Sebuah butik yang terkenal di Bangsar. Cantik dan gojes! Wajah Bella mengingatkan Budiey pada Siti Saleha. Mungkin wajah diorang ni ada mirip-mirip sikit kot.
Walaupun dengan pengakuan bercinta tersebar di merata, tapi Budiey lihat pasangan ini nampaknya begitu matang dalam bercinta. Tak perlu menunjuk-nunjuk atau bermanja-manja di Twitter. Nazim sebelum ini pernah beberapa kali kecewa bercinta.
Bertemu dengan Bella Dally sejak 6 bulan lalu dan mengenali hati budinya, Nazim jatuh hati dengan perwatakan Bella yang matang, tenang dan tidak tergedik-gedik seperti wanita lain.
Diberitakan, cinta Nazim Othman dan Bella Dally ini mula berputik sejak mereka berlakon bersama dalam satu drama muzikal terbitan RTM iaitu Inspirasi Varsiti. Nazim Othman yang merupakan jurucakap jam tangan Ellese juga menyifatkan Bella seorang yang taat dan boleh menerima teguran dengan hati yang terbuka bukan sahaja dari segi profesional malahan hal-hal peribadi.
Beliau amat bersyukur kerana dapat bertemu dengan Bella Dally dan berharap hubungan mereka berkekalan.
“Ya memang hati saya sudah dimiliki dan ianya milik Bella Dally! Dia adalah cinta baru saya selepas beberapa kali putus cinta dan setakat ini apa yang boleh saya katakan kami serasi. Malah mungkin sikap saya mementingkan komunikasi menjadikan hubungan kami berjalan dengan lancar. Apa yang penting bagi saya dalam setiap perhubungan perlu ada kepercayaan antara satu sama lain. Itulah yang saya belajar supaya tak melakukan kesilapan serupa seperti cinta saya sebelum ini.”
Terbuktilah khabar angin tentang Nazim Bercinta Dengan Bella Dally bukan lagi gosip liar! Tahniah buat Nazim & Bella. Semoga hubungan aman sehingga ke fasa yang seterusnya.
Nazim Othman Bella Dally AJL27
Nazim Othman Bella Dally AJL27
Nazim Othman Bella Dally AJL27
Nazim Othman Bella Dally AJL27
Nazim Othman Bella Dally AJL27
Nazim Othman Bella Dally AJL27
Nazim Othman Bella Dally AJL27
Nazim Othman Bella Dally AJL27
Nazim Othman Bella Dally AJL27
Nazim Othman Bella Dally AJL27
@budiey.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...