Saturday, January 12, 2013

Artis bebas tuduhan edar ganja



ZACK New Boyz (tiga dari kiri) ceria bersama isteri (dua dari kiri) dan peguamnya selepas dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Pemain bass kumpulan New Boyz, Radin Irwan Dzul Karnain Isagani atau Zack New Boyz dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada tuduhan mengedar ganja seberat 1,321 gram, tiga tahun lepas tanpa dipanggil membela diri.
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat banyak kelemahan dalam siasatan polis yang membawa kepada kegagalan pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie.
Zack, 33, didakwa mengedar dadah jenis ganja seberat 1,321 gram di satu unit sebuah kondominium di Persiaran Surian, Petaling Jaya dekat sini, pada pukul 9.20 malam, 26 Januari 2010.
Bapa kepada dua orang anak itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0112&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2Hk1tkHbt 
Hakcipta terpelihara 

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...