Thursday, January 24, 2013

Anzalna Jahat !!


Tidak tercalon diantara top 5 seperti mana tahun sebelumnya, membuatkan Anzalna Nasir pelakon yang bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi semakin memilih untuk memegang sesuatu watak yang ingin dibawanya.

Filem Juvana
Tambahnya lagi watak jahat diantara salah satu watak yang akan ditolak jika ada tawaran daripada mana-mana syarikat penerbitan.
Jelas Anzalna yang kami temui “Pada masa ini memang Anzalna akui akan tolak jika ditawar bawa watak jahat. Lagipun watak sebegini macam dah agak sinonim dengan Anzalna. Jadi untuk pastikan penonton tidak muak dengan lakonan Anzalna maka keputusan ini diambil. Lagipun Anzalna nak berlakon lama bukan dalam masa yang singkat”
“Sempena tahun baru dan azam baru ini juga Anzalna ingin mencuba pelbagai watak, tidak kisahlah jika watak itu sebagai seorang tukang cuci sekalipun Anzalna akan ambil, tapi jangan watak jahat je.”

Filem Juvana
Mungkin menyedari penonton semakin bijak menilai keberkesanan sesuatu watak yang dibawa pelakon tersebut maka Anzalna cuba mengambil jalan selamat untuk tidak membawakan watak yang sama setiap kali berlakon.
Menurut Anzalna lagi dia kini dalam perbincangan untuk pengambaran drama yang berikutnya iaitu ‘Bangkitnya seorang perempuan’ yang akan disiarkan di slot Samarinda di TV3.
@buahmulut.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...