Sunday, December 16, 2012

Marilyn Manson Nyaris Putus Telinga Kerana Bergaduh


Aksi Marilyn ketika mengadakan konsert di St. Jakobs Hall di Basel, Switzerland pada Selasa lalu (waktu tempatan). - Foto EPA
LONDON: Telinga penyanyi Marilyn Manson dilaporkan nyaris putus selepas dia terlibat dalam pergaduhan ketika membuat persembahan di Basel, Switzerland pada awal minggu ini.
Difahamkan, penyanyi heavy metal itu mengalami luka parah pada telinga sebelah kanan apabila dia dilemparkan gelas dalam pergaduhan yang teruk itu.
Gambar telinga yang nyaris putus dan menerima 24 jahitan dimuat naik oleh Marilyn menerusi akaun Twitter.
Menurut laporan Daily Mail, Manson atau nama sebenarnya Brian Hugh Warner, 43, terpaksa menerima 24 jahitan bagi menyambungkan semula telinganya yang hampir putus itu.
“Saya dilemparkan gelas dalam satu pergaduhan yang teruk. Walaupun menang dalam pertarungan itu, saya terpaksa menerima 24 jahitan bagi mengelakkan telinga saya kelihatan seperti Van Gogh,” katanya dalam kemas kini akaun Twitter miliknya.
Kemas kini Twitter penyanyi itu mengenai kejadian pergaduhan pada Rabu lalu (waktu tempatan).
Bagaimanapun, punca sebenar pergaduhan masih belum diketahui.
Penyanyi yang terkenal dengan imej pelik dan berani itu sedang mengadakan siri jelajahTwins of Evil di seluruh Eropah.
Terdahulu, pada minggu lalu dia sempat singgah ke Itali bagi jelajah berkenaan.
@mstar.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...