TUMPAT – Penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat menamatkan zaman bujangnya semalam apabila selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihannya, Nur Eilunie Natasha Jaafar atau Leuniey di Pasir Pekan di sini.
Khairul Fahmi, 23, atau lebih dikenali sebagai Apek dan Leuniey, 21, dinikahkan oleh Imam Masjid Pasir Pekan, Abdul Ghani Abdul Mutalib dengan disaksikan oleh kira-kira 2,000 tetamu termasuk ahli keluarga kedua-dua mempelai serta para peminat di rumah keluarga pengantin perempuan.
Apek menyerahkan wang hantaran berserta mas kahwin berjumlah RM19,000 sempena nombor jersi 19 yang dipakai dalam skuad Harimau Malaya bersama tujuh dulang hantaran berbalas tujuh.
“Saya memilih Leuniey kerana dia sangat memahami karier saya yang terlalu sibuk. Buktinya dia faham dengan keadaan walaupun saya pulang untuk membuat persediaan hanya sehari sebelum majlis berlangsung,” katanya.
Mengenai anak, Khairul Fahmi berharap akan menimang sekurang-kurangnya empat orang cahaya mata.
Majlis resepsi pengantin perempuan akan diadakan esok di Hotel Renaissance, Kota Bharu manakala pengantin lelaki pula di rumah keluarga Khairul Fahmi di Cherang dekat sini pada 5 Januari.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1229&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2GR7ioUw0Hakcipta terpelihara
Banglow mewah utk sewa harian di Melaka! Klik untuk tempahan!
Krubong Homestay, Melaka |
alhamdullilah gadekhomestay dgn rezeki diberikan oleh Allah swt telah membuka homestay ke 3 untuk para pengunjung ke Melaka.
info lanjut sila layari gadekhomestay.com
info lanjut sila layari gadekhomestay.com
77 photos | 511 views | Add a comment?
items are from 23 Nov 2012.
Feed – Subscribe to the set "Krubong Homestay, Melaka"
No comments:
Post a Comment