Friday, November 16, 2012

Stacy Teruja!


Seperti Dijangka 2 buah lagu nyayian Stacy yang berjaya ke Separuh Akhir Muzik Muzik merupakan diantara 6 lagu yang layak keperingkat seterusnya.

STACY Separuh Akhir Muzik Muzik
Stacy yang sempat kami temui di Sri Pentas 2 S.Alam nyata teruja dengan keputusan ini sambil mengakui saingan pada minggu pertama adalah sangat sengit berdasarkan senarai lagu yang bertanding.
Ujarnya “Kalau ikut keyakinan diri memang yakin tapi kalau tengok dari nasib memang tidak yakin tapi sangat teruja sebab 2 lagu layak keperingkat seterusnya dan harap dapat masuk ke Anugerah Juara Lagu (AJL).”

STACY Separuh Akhir Muzik Muzik
“Mudah-mudahan 2 lagu ini iaitu kasanova dan Pelangi Senja layak ke AJL, itu harapan Stacy dan juga harapan kesemua peminat yang sentiasa menyokong Stacy. Tapi tengok rezeki jugalah. Kalau layak ke AJL nanti Stacy janji akan buat dengan lebih baik lagi.”
Jelas Stacy cabaran besar yang terpaksa ditempuhinya ialah apabila menyanyikan lagu Pelangi Senja kerana lagu tersebut memerlukan nada yang tinggi dan berharap dapat mengurangkan sebarang kesilapan semasa membawa lagu itu dimasa hadapan.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...