Friday, November 2, 2012

Afiq Azmi terima panggilan lucah dan seks

Afiq Azmi





Beberapa hari lalu Mynewshub.my ada mengeluarkan artikel mengenai pemain bola sepak, Afiq Azmi yang dituduh gay.
Namun, jejaka berusia 23 tahun itu telah menafikannya.
Katanya, menerusi Murai.com, dia memang tidak mempunyai ramai kawan wanita kerana lebih selesa berkawan dengan lelaki.
“Saya bukan nak kata saya ini baik atau apa. Terus-terang, saya ini seorang lelaki yang kurang bercakap dan pemalu.
“Saya jarang nak tegur orang lain. Apatah lagi nak melemparkan senyuman kepada wanita.
“Mungkin disebabkan itulah, orang cakap saya ini gay. Saya pun lebih ramai kawan lelaki dari perempuan,” katanya, di sini, semalam.
Tambahnya, sejak dia menyertai pasukan Kelantan, dia kerap menerima panggilan lucah dan seks dari golongan lelaki gay.
“Saya pelik sangat macam mana dia orang semua boleh dapat nombor telefon saya.
“Seandainya mereka tidak berhenti menganggu, saya akan melaporkan kepada polis.
“Lagi pun, saya bukan seorang lelaki gay, ” katanya kepada laman portal Murai.com. 
@mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...