Wednesday, October 17, 2012

Masakan terbaik penulis blog

PARA peserta tidak melepaskan peluang bergambar dengan chef-chef selebriti terkenal yang hadir pada pertandingan akhir Gourmet Blog Challenge 2012 baru-baru ini.


MEREKA bukan chef terkenal yang bertugas di dapur hotel, jauh lagi chef selebriti yang sering dilihat mengendalikan program rancangan masakan di stesen-stesen televisyen.
Persamaan yang ada adalah setiap daripada mereka memiliki blog masakan. Di situlah, mereka berkongsi segala kisah dan tip terkini mengenai bidang masakan baik dari segi resipi, teknik persembahan, kebersihan dan kesihatan.
Menyedari sumbangan besar para blogger itu khususnya dalam memartabatkan bidang kulinari di negara ini, produk makanan sedia, myChef menganjurkan Gourmet Blog Challenge 2012 yang diadakan di laman sosial Facebook, MyChef-Ready Meals/Dishes bermula Ogos hingga September lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Flavor Innovation Sdn. Bhd., Mohd. Fairuz Abdullah berkata, objektif pertandingan adalah untuk memperkenalkan jenama myChef dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Katanya, pertandingan yang terbuka kepada pemilik blog masakan dan pengguna Facebook itu mendapat sambutan yang menggalakkan dengan lebih 50 penyertaan.
“Syaratnya mudah, peserta hanya perlu mengubah suai mana-mana resipi produk myChef yang terdapat di pasaran dengan menggunakan kreativiti masing-masing. Seterusnya mereka dikehendaki memuat naik ke MyChef-Ready Meals/Dishes lengkap dengan gambar dan resipi hidangan.
“Selepas beberapa proses tapisan, kami telah memilih 12 peserta untuk memasuki pertandingan akhir bagi merebut hadiah keseluruhan sebanyak RM18,000 yang ditawarkan,” katanya.
Menariknya, pada pertandingan akhir yang diadakan pada 29 September lalu di Restoran Rebong Chef Ismail, ia menggunakan konsep ala siri program realiti masakan popular, Masterchef.
Barisan juri yang terlibat terdiri daripada empat chef selebriti terkenal tanah air merangkap duta-duta produk myChef seperti Chef Florence Tan, Chef Liza, Chef Zam dan Chef Izani Farhana.
Tambah Mohd. Fairuz, pada pertandingan akhir itu, para peserta dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut kategori iaitu kategori Chef Florence Tan, kategori Chef Liza, kategori Chef Zam dan kategori Chef Ismail.
“Kesemua peserta bebas menyediakan hidangan di rumah, namun proses akhir perlu dipersembahkan di hadapan juri. Antara kriteria pemarkahan meliputi rasa masakan (40 peratus), persembahan hidangan (30 peratus) dan kebersihan (30 peratus),” katanya.
Hadiah tempat pertama bagi setiap kategori terdiri daripada wang tunai sebanyak RM2,500, sebuah ketuhar mikro gelombang dan produk myChef bernilai RM200.
Pemenang sagu hati pula berkongsi hadiah yang sama iaitu wang tunai sebanyak RM500 dan produk myChef bernilai RM80.
Rezeki ayam kalio
Sementara itu, pemenang tempat pertama kategori Chef Ismail, Siti Sarah Ismail, 32, berkata dia tidak menyangka resipi nasi serai ayam kalio berjaya menarik perhatian juri.
Mewarisi bakat memasak daripada ibunya, Dalilah Ab. Hamid, 56, Siti Sarah berkata, dia menghantar sebanyak empat penyertaan bagi kategori Chef Ismail dan Chef Liza.
“Saya hanya mengetahui mengenai Gourmet Blog Challenge 2012 daripada seorang rakan di Facebook, itu pun di saat-saat akhir. Mungkin ini rezeki, saya tidak sangka akan menang kerana ramai peserta lain yang lebih berpengalaman dan menyediakan hidangan yang tidak kurang hebat,” katanya yang berasal dari Bukit Tinggi, Klang, Selangor.
Bagi Fadilah Nahar, 33, pula, dia bersyukur kerana muncul sebagai juara kategori Chef Liza dan hadiah sagu hati bagi kategori Chef Ismail.
“Saya menghantar sembilan penyertaan secara keseluruhan sebelum dua daripadanya layak ke peringkat akhir.
“Kedua-dua resipi iaitu chicken mini quiche (juara) dan pizza semur daging Betawi (sagu hati) merupakan ciptaan saya sendiri yang digabungkan dengan produk myChef,” ujarnya yang mempunyai blog masakan delimazamrud79.blogspot.com.
@kosmo.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...