Friday, October 5, 2012

Johan As’ari Cabar Diri Di Fear Factor Selebriti Malaysia


Bertempat di Batu Cave pada jumaat yang lepas telah diadakan satu sesi taklimat kepada pihak media dan juga latihan ‘Boot Camp’ buat peserta-peserta yang telah layak menyertai program Fear Factor Selebriti Malaysia.

Johan As'ari Selebriti Malaysia
Apa yang menariknya tentang Fear Factor di Malaysia ini ialah, ianya disertai lebih 30 orang selebriti yang terkenal bagi mengharungi pelbagai cabaran fizikal yang telah disediakan dimana salah seorang pesertanya ialah Johan As’ari.
Crew kami yang turut berada di sesi taklimat ini sempat menemubual seketika Johan bagi mendapatkan gambaran yang jelas tentang penglibatanya menerusi program ini.
Ujarnya “Saya sebenarnya secara tak sengaja telah ditawarkan oleh pihak pengurusan untuk terlibat didalam Fear Factor Selebriti Malaysia ini. Jadi waktu awal-awal dulu memang terkejut, rasa terharu dan juga terujalah untuk mencuba selebriti Malaysia ini”
“Jadi saya pergilah interview untuk menyertai program ini dan saya lepas pada peringkat awal, secara tidak langsung telah menempatkan saya sebagai salah seorang peserta Fear Factor Selebriti Malaysia ini.”

Johan As'ari Selebriti Malaysia
Bagi Johan tahap keyakinanya untuk mencuba cabaran didalam program ini tidaklah setinggi mana. ini kerana ujarnya Fear Factor adalah program yang mencabar peserta-peserta ditahap yang paling maksima.
“Tapi nasib baiklah Fear Factor Selebriti Malaysia ini tidak melibatkan soal makanan dan cuma menjadikan mulut sebagai transportation binatang pelik-pelik dalam cabaran yang diberikan. Risau jugalahkan kalau kena makan benda yang pelik-pelik tapi tu la nasib baik tak ada.
“Tetapi selain soal makanan, soal-soal lain juga memerlukan kita memiliki daya ketahanan fizikal dan mental yang tinggi. Perkara ini juga telah mencabar dan mendorong saya menyertai Fear Factor Selebriti ini.” Ujar Johan As’ari.
Didalam program ini setiap selebriti telah dipasangkan dengan pasangan masing-masing dimana Johan bakal mengharungi cabaran yang getir bersama dengan Kaka (Bawaku Pergi). Jelasnya “Saya sebenarnya tidak ada masalah untuk berpasangan dengan Kaka dalam rancangan ini. Bagi saya dia seorang yang berjiwa cekal dan mempunyai semangat tinggi untuk sama-sama membantu dalam mengharungi cabaran yang telah diberikan. ”
“Setakat ini untuk menghabiskan cabaran Alhamdullilah semua ok. Secara peribadi harapan saya dalam rancangan ini ialah untuk menghabiskan semua cabaran ini dengan baik. Tapi andaikata menang la pulakan, itu dah dikira sebagai satu bonus. Apa-apa pun Yang penting sekarang baik saya mahupun Kaka adalah mengharungi Fear Factor ini dengan baik” Ujarnya yang mengakhiri perbualan.
Johan As'ari Selebriti Malaysia
Johan As'ari Selebriti Malaysia
Johan As'ari Selebriti Malaysia
Johan As'ari Selebriti Malaysia
Johan As'ari Selebriti Malaysia
Johan As'ari Selebriti Malaysia
Johan As'ari Selebriti Malaysia
@buahmulut.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...