Thursday, October 4, 2012

Carmen Electra & Rob Patterson Sah Putus Cinta


Carmen dan Rob telah pun mengakhiri perhubungan mereka sejak sebulan lalu.
NAMPAKNYA, khabar angin mengenai percintaan Carmen Electra dan Simon Cowell ternyata benar apabila muncul pula berita bahawa Carmen telah mengakhiri hubungan cintanya dengan kekasih, Rob Patterson.
Menurut laporan Contact Music, Carmen dan Rob telah mengesahkan bahawa hubungan mereka sudah berakhir sejak sebulan yang lalu.
"Hubungan pasangan itu renggang sejak Mei lalu dan masalah mereka sukar untuk diselesaikan dan ia membuatkan mereka nekad untuk berpisah.
Carmen dilihat semakin intim dengan Simon.
"Jadi, apa yang dilihat selama ini di mana Carmen dan Simon sering keluar bersama menunjukkan wanita itu sudah pun menemui pengganti Rob," kata sumber.
Tambah sumber itu, walaupun aktres tersebut dan Simon tidak memberikan sebarang kenyataan rasmi tentang hubungan masing-masing, aksi mesra mereka mengesahkan percintaan yang diperkatakan.
Sementara itu, Rob yang tinggal bersama Carmen di apartmen milik aktres itu di Beverly Hills, Los Angeles sejak pertunangan mereka pada tahun 2008 difahamkan sudah pun meninggalkan rumah itu.
@mstar.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...