Friday, October 5, 2012

Aku Terima Nikahnya, Gandingan Hebat Adi Putra Dan Nora Danish


Gandingan hebat Adi Putra dan Nora Danish di dalam filem Aku Terima Nikahnya membuatkan ramai orang tidak sabar menanti tayangan filem ini. Bakal ditayangkan pada 11 Oktober ini, kemesraan Nora Danish dan Adi Putra di dalam filem pernah menimbulkan kontroversi yang sangat hangat.
aku terima nikahnya
Filem Aku Terima Nikahnya mencerita tentang pergolakan rumahtangga Johan (Adi Putra) dan Arlisa (Nora Danish) selepas Johan mengalami kemalangan jalan raya. Adakah rumahtangga yang dibina akan kekal bahagia atau hancur akibat tragedi ini? Abang Nara tengok trailer pun dah terasa keromantikan filem ini.
Pastikan anda membawa tisu yang banyak untuk mengelap air mata yang bakal tumpah. Kalau anda ingin memenangi tiket percuma menonton filem Aku Terima Nikahnya ini, Metrowealth ada membuat satu pertandingan yang amat mudah. Boleh baca cara-cara menyertainya di laman web MIG Online.
aku terima nikahnya
Pastikan anda kosongkan tarikh 11 Oktober untuk menonton filem romantik lakonan Adi Putra dan Nora Danish ini.
@beautifulnara.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...