Abby Abadi, Apa pula syarahanya kali ini? Tidak jemu menagih simpati kepada rakan-rakanya agar kembali berpegang kepada Syariat Islam.

Luahan hati kecil, tetapi besar harapanya itu dilotehkan pada 21 Oktober 2012 sempena program Bicara Hijrah Selebriti (Bersama Abby Abadi).
Menurut Abby Abadi dalam intipati ceramahnya menegaskan apa yang difahaminya pada akhir zaman nanti ialah, antara perkara yang paling melalaikan umat islam itu nanti, adalah hiburan dimana dunia yang pernah di jejakinya dahulu.
“Bilamana saya sudah berada didalam keadaan sekarang ini, apa yang saya lihat terhadap rakan-rakan saya (pelakon) buat sekarang ini memang langsung tidak mengikut Syariat Islam. Jadi situasi industri hiburan yang macam ni memang sangat menakutkan saya”
“Maknanya sebagai contoh tak kira la dia tu isteri ataupun suami orang ke main belasah je sesuka hati kelakuannya semata-mata mahu mengikut skrip. Bila saya tengok macam ni memang tak ikut undang-undang islam dah.” Ujarnya
Tambahnya juga beliau simpati dengan rakan – rakanya yang terlibat didalam industri hiburan ini. Jelasnya lagi “Saya rasa macam dah jadi satu tanggunjawab yang besar bagi diri saya untuk menyedarkan rakan-rakan artis. Risau juga saya, sempat ke saya nak selamatkan rakan-rakan saya ini sebelum kiamat?”
@buahmulut.com
No comments:
Post a Comment