Perginya Shila Amzah ke Shanghai, China untuk menyertai pertandingan Asian Wave 2012 pada awalnya tidak dapat dihidu masyarakat tempatan sehinggalah dia berjaya mara ke peringkat final.
Malah, selepas Shila berjaya merangkul gelaran juara, Murai Batu dengar barulah ramai pihak tertentu terhegeh-hegeh hendak ambil tahu tentang Shila. Yang teruknya, ada pulak yang pura-pura menyukai penyanyi ini hanya semata-mata kerana hendak mendapatkan tempias hasil daripada kejayaan anak kepada ND Lala. Tumpang glamor katanya…
Terbaru, Murai Batu mendapat tahu pula, juara Mania iaitu Hafiz akan mengikuti jejak langkah Shila. Sepertimana Shila, perginya Hafiz untuk mengharumkan nama negara tidak seorang diri.
Jika Shila pergi bersama Lau Wan Yin, Hafiz pula telah dipilih bersama penyanyi Sabhi Saddi untuk mewakili Malaysia bertanding ke Festival ABU Song 2012 yang akan diadakan di Seoul, Korea Selatan.Dengarnya, mereka berdua bakal berangkat ke sana bermula 8 Oktober sehinggalah 13 Oktober ini.
Waktu Murai batu cuba selidik tentang penyertaan kedua-dua artis ini, Hafiz dikhabarkan mewakili Malaysia dalam kategori TV manakala Sabhi pula dalam kategori radio. Pada pertandingan itu nanti, Hafiz bakal membawakan lagu Awan Nano dan Sabhi pula akan mendendangkan lagu barunya berjudul Waktu.
Namun, apa yang menyedihkan Mur ai Batu, perginya mereka ke sana seperti tidak disokong penggiat seni tempatan kerana segala perbelanjaan mereka di sana terpaksa ditanggung sendiri. Senang cakap, mereka kena keluar duit poket sendiri.
Tambah menyedihkan lagi, mereka dikatakan terpaksa melobi seperti menjual diri ke sana-sini hanya untuk mendapatkan penajaan dari segi penginapan dan penerbangan ke Korea Selatan. Ayoyo, takkan sampai macam tu sekali.
Hai, kasihan betul Murai Batu mendengarnya. Kalaulah Murai Batu seorang jutawan, Murai Batu akan menolong mereka menjadi salah seorang penaja. Apapun, Murai Batu doakan agar mereka berjaya nanti. Mungkin jua kesusahan yang dihadapi mereka ini sebagai satu dugaan untuk bergelar juara.
Sumber: Murai.com.my
@mynewshub.my
No comments:
Post a Comment