Tuesday, September 25, 2012

TERIMA ANAK, SYARAT KAHWIN - SITI NORDIANA

Anak merupakan keutamaan bagi Siti Nordiana dan hanya lelaki yang mampu menerima anaknya sahaja mendapat tempat dalam hatinya. Ini kerana, anak tunggalnya yang bernama Mohammad Ryyan Nakhaie, 4, adalah segala-galanya bagi penyanyi itu sekarang.

"Secara dasarnya saya sudah bersedia untuk kembali berumah tangga dan ciri-ciri yang saya cari adalah lelaki tersebut kena menerima anak saya dan bukan semata-mata diri saya sahaja.
 



"Tambahan pula tanggungjawab lelaki itu nanti bukan mudah kerana perlu membesarkan anak saya dan sebab itu saya mahu calon suami saya itu nanti benar-benar bersedia," ujarnya kepada media.

Meskipun tanpa berselindung Siti Nurdiana atau panggilan manjanya Nana mengakui sedang 'bersahabat' dengan seorang lelaki, namun pengakuannya itu tetap berlapik dengan mengatakan hubungan mereka masih diperingkat awal. Malah katanya lelaki itu juga sedang berusaha mendekatkan diri dengan anaknya Ryyan.

"Saya pernah gagal dalam perkahwinan dan kali ini saya mahu meneliti terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan tambahan pula saya mencari seorang lelaki yang boleh menjadi bapa kepada anak saya.



"Barangkali lelaki yang saya sedang berkawan itu adalah orangnya atau pun mungkin tidak, Nana mahu cari yang terbaik.

"Dia sebaya dengan Nana dan belum pernah ada pengalaman dengan kanak-kanak jadi dia kini sedang membiasakan diri dengan situasi baru dan setakat ini semuanya berjalan dengan lancar. Jika ada jodoh Nana terima dengan seadanya," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Untuk info, Nana sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Allahyarham Faizal Yusop sebelum bercerai pada tahun 2009. Hingga kini, beliau masih menjadi ibu tunggal dan berkawan baik dengan Rosmunira Rashid, janda yang dikahwini oleh Allahyarham Faizal selepas mereka bercerai.

@myartis.com


Tadika Genius Khaleefa Terbaik di Melaka! Melahirkan anak2 genius dan cemerlang! Pendaftaran 2013 dibuka sekarang!

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...