Wednesday, September 26, 2012

Panas Baran & Cepat ‘Naik Tangan’ Punca Putus, Remy Enggan Ulas.


“Kami masih berkawan dan masih berkerjasama untuk sesi pengambaran & kami profesional”.

Remy Ishak & Tiz Zaqyah
Itulah kata-kata Remy Ishak sewaktu ditemui di Majlis sidang Media Hantu Kapcai baru baru ini apabila ditanya tentang hubunganya dengan Tiz Zaqyah.
Bagi Remy, dia tidak mahu mengulas isu ini lebih lagi kerana apa yang terjadi diantara dirinya mahupun Tiz adalah satu isu yang terlalu peribadi untuk dihebahkan kepada umum.
“Saya rasa pun tak ada apa yang hendak dijelaskan lagi dah. Memang hubungan kami sampai disitu sahaja dan perpisahan ini adalah keputusan kami bersama. Tentang punca sebab perkara ini berlaku biarlah kami sahaja yang tahu.”
Remy juga memaklumkan yang dia membuka mulut akan perpisahan ini kerana amat yakin lambat laun nanti orang akan tahu juga akan hal ini.

Remy Ishak & Tiz Zaqyah
Jelasnya “Saya sebenarnya tak nak suatu hari nanti ianya jadi lebih parah. Maksud saya tak mahu diam terlalu lama dalam hal ini. Andai kata nanti dia (Tiz) dengan orang lain, saya pun dengan orang lain ianya akan jadi lebih parah dan lagilah orang akan mula buat pelbagai spekulasi yang dasat. Jadi sebab itu saya buka mulut pada ketika ini supaya orang faham situasi semasa”
Kelihatan tenang ketika menjawap pertanyaan beberapa wartawan, Remy juga tidak mahu memberi apa-apa kenyataan sama ada benar mahupun tidak dakwaan yang mengatakan beliau seorang yang panas baran & cepat ‘Naik Tangan’ sehingga terputusnya hubungan bersama Tiz.
Namun bagi isu yang dibangkitkanya melalui laman Twitter sehingga menimbulkan pelbagai persoalan Remy mengakui ianya adalah satu kesilapan dari dirinya. Ujarnya “Sebenarnya apa yang saya kemaskini di twitter itu bukan satu bentuk perkongsian tapi lebih kepada bentuk penerangan. Setiap kenyataan yang telah dikeluarkan oleh saya sebenarnya untuk menjernihkan keadaan. Lagipun saya bukanlah jenis yang suka keluarkan apa-apa emosi saya di twitter.”
@buahmulut.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...